Header Ads

Kepala Anjing Dipanah Manusia Kejam

CHINA – Seekor anjing terbiar masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebilah anak panah.

Portal Shanghaiist melaporkan, seekor anjing berwarna hitam menarik perhatian ramai apabila mundar mandir di sebuah stesen keretapi di Beijing dengan anak panah terpacak di kepalanya.

Anjing itu kelihatan begitu terdesak mahu mencabut objek tajam dari kepalanya lapor Mynewshub.

Kepala Anjing Dipanah Manusia Kejam

Kasihan melihat keadaannya, seorang individu berhati mulia membawa haiwan tersebut ke hospital veterinar.

Dokktor terus melakukan prosedur pembedahan bagi mengeluarkan anak panah dan pemeriksaan mendapati kecederaan yang dialami  tidak terkena bahagian penting seperti otak.

Kepala Dipanah Manusia Kejam, Anjing Rayu Simpati

Kepala Dipanah Manusia Kejam, Anjing Rayu Simpati

Anak panah sepanjang 35 sentimeter itu berjaya dikeluarkan setelah dikerat kepada beberapa bahagian kecil, bagi memudahkan proses mencabut keseluruhan batang yang tersekat.

Kini pihak berkuasa sana dilaporkan sedang memantau rakaman CCTV bagi menjejak individu yang bertanggung jawab melakukan kekejaman terhadap anjing tersebut.

Kepala Dipanah Manusia Kejam, Anjing Rayu Simpati

Kepala Dipanah Manusia Kejam, Anjing Rayu Simpati

No comments:

Powered by Blogger.