Artis Diperkosa 3 Kali Di 3 Lokasi Berbeza Dalam Masa 20 Minit
SEORANG lelaki di Singapura, didakwa merogol seorang wanita berusia 24 tahun sebanyak tiga kali, di tiga tempat berbeza dalam masa 20 minit.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebatang jalan dari Martin Road menuju ke River Valley Close, Singapura pada malam menjelang Tahun Baru Cina pada 2013.
Lim Choon Beng, 26, mengaku tidak bersalah atas tujuh dakwaan yang dikenakan ke atasnya termasuk tiga tuduhan merogol, ketika mula dibicarakan di mahkamah pada 3 Mei lalu.
Lim yang diwakili peguam Mr Anand Nalachandran di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia “tidak ingat apa yang dilakukannya.”
Mangsa, iaitu saksi pertama pihak pendakwa, merupakan seorang artis yang berasal dari China. Satu perbicaraan secara tertutup telah diadakan bagi melindungi identitinya.
Timbalan Pendakwa Raya Lin Yinbing dalam satu kenyataan pembukaannya memberitahu, mangsa yang kini 27 tahun memberikan keterangan bagaimana dia telah dirogol dan diserang secara seksual di atas jalan raya.
Pihak pendakwa dijangka mendapatkan beberapa saksi, termasuk seorang wanita yang menghubungi polis setelah menyaksikan serangan itu, dan seorang pemandu wanita yang membawa mangsa ke balai polis.
Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan forensik untuk membuktikan kes terhadap Lim.
Mahkamah difahamkan bahawa DNA milik Lim ditemui pada coli mangsa. Turut dikesan, darah mangsa pada pakaian dan seluar dalam Lim.
No comments: