10 Skim Pelaburan Popular, Lari Sebelum Tersontot
Orang kita mudah terpengaruh dengan pujukan iklan Skim Cepat Kaya, tetapi akhirnya menjadi kayap. Mula-mula biasanya sedap, lama-lama ranap. Impian yang diimpikan menjadi mimpi kerana buta ditabur janji manis dengan harapan untuk menjadi ‘I’m Millionaire’ over the world.
Tapi sayang, sampai satu tahap terperangkap dengan kerugian sesuatu pelaburan di atas pilihan memilih jalan yang salah, padahal negara kita sudah diuar-uarkan kesan dan akibatnya serta turut diberi peringatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebagai pelabur yang bijak, antara benda asas yang perlu tahu adalah latar belakang pelaburan, syarikat adakah berlesen atau tidak dan cara pengurusan keuntungan.
Jangan main terjah sahaja, akhirnya badan binasa.
Nama-nama pelaburan tidak sah yang terkini dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia sehingga Mac 2016 adalah:
1. Ostim Academy
2. Safeena Gold Gallery
3. DBB Star Sdn Bhd
4. Aziera Gold Enterprise (NS0133976-K)
5. GGT Golds Sdn Bhd
6. Global Golds Trading
7. Triple One Management Pte Ltd (T1FX)
http://www.t1fx.com
8. HiFX Asia
9. Mecca Fund Global
10. Highway Group Resources
11. HG Resources Sdn Bhd
12. Zenith Gold International Limited
http://www.zenithgolds.com
http://zenithgoldrocks.wordpress.com
http://zenithgoldpowerteam.blogspot.my
Inilah 12 daripada 182 pelaburan yang tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Skim-skim ini biasanya bersembunyi disebalik pelaburan emas dan perniagaan mata wang asing.
Boleh dapatkan senarai 182 pelaburan di Portal Rasmi Bank Negara Malaysia.
Lebih beribu-ribu tertipu dengan scammers’ sehingga sanggup mengeluarkan hampir semua simpanan dan menggadaikan tanah pusaka kononnya boleh dapat pulangan yang tinggi sebanyak 0.1-2.0% SEHARI? Wow!!! (siap menjanjikan ganjaran BMW)
Bak kata Mentor Kewangan, Azizi Ali – Mengapa nak tambah kerja dan risiko melabur dalam skim2 yang pelik2 ini? Terdapat ratusan pelaburan yang betul di Malaysia. Ini termasuklah ASB, ASN, AHB, Tabung Haji, beratus unit amanah, beratus saham di Bursa Malaysia, ratusan ribu hartanah dan emas fizikal yang valid. Mengapa tak melabur dalam pelaburan yang confirm sah dan valid ini?
Azizi Ali Mentor Wang |
Peliknya, mereka yang bakal terjebak dengan skim pelik-pelik ini tidak pula berminat melabur saham di Bursa Malaysia yang sememangnya dikawal selia oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan ianya patuh syariah. (Difahamkan terdapat lebih 600 kaunter patuh syariah)
Nak tahu lebih lanjut pasal saham terdapat ramai pakar-pakar di luar sana atau rujuk Mentor Pelaburan Saham #1 Malaysia, Tuan Hj. Mohd Asri.
Mohd Asri |
Masih ingat Genneva Malaysia? Pada yang tidak ingat tidak mengapa sebab orang kita memang semulajadi mudah lupa.
Genneva Malaysia diserbu oleh pihak polis dan BNM pada Oktober 2012 dan operasinya pun runtuh selepas itu. Seperti insiden Swisscash, ribuan ‘pelaburnya’ menanggung kerugian. Beberapa pengarah syarikat Genneva dan syarikat sekutu didakwa di mahkamah dan kes-kes masih dalam perbicaraan sehingga hari ini.
Jadi, jangan mudah terpedaya dengan gambar-gambar wang, kereta mewah yang mempesona. Jangan sampai tersontot, baik lari jauh-jauh!
(Baca: Pendedahan Skim Penipuan Emas Tok Belagak)
(Baca: Pendedahan Skim Penipuan Emas Tok Belagak)
No comments: