Teguran Sentap Seorang Penganut Hindu Kepada P. Ramasamy
TINDAKAN tidak profesional Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy menggelar penceramah antarabangsa Dr. Zakir Naik dengan gelaran “Syaitan” nampaknya menerima kecaman hebat khususnya dari masyarakat yang beragama Islam di negara ini.
Beliau bukan sahaja dianggap ‘rasis agama’ oleh segelintir pemerhati politik malah sesetengah individu yang seagama dengannya turut mempersoal sikap kurang ajarnya yang dilihat begitu bersungguh ingin menghalau perceramah yang pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah itu.
Walaupun dianugerahkan Professor dan memakai gelaran Doktor, Ramasamy nyata kurang budi bahasa dalam menyampaikan teguran lapor Mynewshub.
Mungkin status Facebook seorang pemuda beragama Hindu, iaitu Risimaran Subramaniyam yang tampil mempertahankan penceramah antarabangsa tersebut boleh jadikan panduan oleh Timbalan Menteri itu akan bagaimana caranya untuk kita meluahkan pandangan terhadap sesuatu isu atau seseorang dengan berhemah.
Menurut Risimaran yang juga merupakan seorang pelajar Psikologi di Universiti Malaysia Sabah, beliau begitu mengagumi Dr Zakir Naik dan mula mendengar ceramah Dr Zakir di saluran youtube sejak doa berumur 14 tahun lagi.
Kelebihan Dr Zakir menghafal kitab-kitab seperti Al Quran, hagavad Gita, Bible The Old & New Testament, Tripitaka serta lain-lain lagi amat dikagumi pemuda ini.
Risimaran mengakui dirinya seorang Hindu sejati yang datang dari keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Hindu. Namun begitu beliau turut belajar mengenai agama Islam bagi memahami dan menghormati agama lain.
Menurutnya, ceramah Dr. Zakir amat mudah dan sangat tepat dalam pengisian faktanya, di mana memudahkan pendengar untuk memahami dengan lebih terbuka mengenai Islam.
Oleh itu, berkenaan ceramah Dr Zakir bertajuk “Similarities between Hinduism & Islam” yang sepatutnya diadakan Ahad ini di Melaka, Risimaran merasa amat berbangga apabila seorang bukan Hindu dapat menghuraikan dengan baik berkenaan agamanya.
Katanya, rakyat Malaysia patut berbangga seorang ulama’ hebat seperti Dr Zakir sanggup datang ke negara ini.
Selain daripada itu, Risimaran merayu agar jangan ada pihak menghalang orang untuk berdakwah yang mana tugas Dr. Zakir hanya menyampaikan ilmu.
Beliau bukannya menyebarkan ajaran sesat, perlu ditekankan di sini bahawa Dr. Zakir Naik merupakan seorang ulama’ yang ulung, katanya.
(Baca: Pejabat TKM PP Dibaling Bom Akibat Dakwa Zakir Naik Syaitan)
(Baca: Pejabat TKM PP Dibaling Bom Akibat Dakwa Zakir Naik Syaitan)
No comments: