Header Ads

Pondan Seksi Jadi Hiburan di Majlis Hari Lahir

Parti Hari Jadi Bersama Pondan Seksi Diserbu | KOTA BHARU - Sekumpulan lelaki dan wanita yang menggunakan alasan untuk menyambut hari lahir di sebuah hotel di sini kelmarin, terpaksa membatalkan niat mereka selepas parti terbabit diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MKPB-BRI) di sini malam kelmarin.Parti hari jadi diserbu

Lebih mengejutkan, sambutan majlis itu yang menonjolkan acara karaoke turut diselitkan dengan tarian wanita dan pondan yang berpakaian mencolok mata.

Ketika serbuan dilakukan, hampir 50 tetamu yang hadir di majlis itu sedang leka menari dan menyanyi dan dikejutkan dengan kehadiran penguat kuasa.

Pondan Seksi Jadi Hiburan di Majlis Hari Lahir

Semasa serbuan dijalankan, keadaan menjadi kelam kabut dan tiga mak nyah sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguatkuasa.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan MPKB-BRI, Ramli Che Hussain berkata, serbuan melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), dan polis itu, dijalankan hasil maklumat awam berhubung parti terbabit yang dianjurkan di dewan hotel itu.

“Penganjurnya, seorang wanita muda berusia-20an telah melakukan kesalahan di bawah enakmen kanun hiburan dan dikenakan kompaun RM5,000.

“Ini jelas satu kesalahan memandangkan dia (penganjur) buat majlis yang turut menyediakan hiburan karaoke, percampuran antara lelaki dan wanita dan pakaian wanita serta pondan yang mencolok mata,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramli berkata, tiga wanita dan seorang pondan yang ditahan pula diserahkan kepada pihak JHEAIK untuk siasatan lanjut.

“Manakala set karaoke bernilai RM8,000 turut dirampas dan disita untuk tindakan susulan.

“Kita memandang serius perkara ini yang mengundang masalah sosial kepada masyarakat dan akan lakukan operasi seumpama ini secara berterusan,” katanya.

(Kemaskini: “Ditangkap Dihina Untuk Apa?” - Luahan Pondan Yang Trauma Dengan JAWI (Video))

No comments:

Powered by Blogger.