Pemandu Bas Tak Bertanggungjawab Tinggalkan Penumpang di Tepi Jalan
Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila bagpack biru miliknya hilang entah ke mana dan pemandu bas pula meninggalkannya di tepi sebuah highway.
"Sesiapa yang terjumpa bagpack berwarna biru seperti dalam gambar, lokasi sekitar perjalanan dari Terminal Amanjaya Ipoh, Perak, minta tolong sangat-sangat, pulangkan beg itu,"
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Sharlizna Kittycat.
Menurut kawan pemilik beg ini, dia adalah pelajar tahun akhir sebuah universiti dan bag itu ada macam-macam barang berharga seperti laptop, kunci kereta, kunci rumah, kad matrik pelajar dan pakaian.
"Laptop itu penting sebab kawan saya ini merupakan pelajar tahun akhir. Dalam laptop itu ada banyak dokumen penting antaranya research," katanya.
Segalanya bermula apabila mereka dalam perjalanan pulang ke Dungun jam 9 malam, lewat 30 minit dari waktu yang telah dijadualkan.
"Masa baru nak masuk highway, pemandu bas baru perasan yang pintu tempat letak barang, terbuka. Dia tengok melalui side mirror.
"Setelah memberhentikan bas di tepi jalan, bagpack kawan saya sudah tiada. Apa yang berlaku adalah kecuaian pihak syarikat bas ekspress yang tidak memeriksa pintu tempat letak barang tertutup rapat dan semuanya okay.
"Kesudahannya? Kawan saya ditinggalkan di tepi lebuh raya. Kawan saya tak nak naik selagi bagpack dia tidak ditemui. Pemandu bas pula nak teruskan perjalanan kerana penumpang yang lain nak balik. Nampak sangat pemandu bas tak bertanggungjawab," jelasnya.
Alahai kesiannya. Buat sesiapa yang terjumpa beg mereka tolonglah pulangkan semula ya. Kesian pemiliknya banyak barang berharga dalam beg tu.
No comments: