Luahan Isteri, Terpaksa Setuju Threesome Dengan Wanita Simpanan Suami
ALAM rumahtangga bukanlah seindah yang dipaparkan di dalam novel cinta atau kisah-kisah dongeng.
Perkahwinan sebenarnya penuh dengan cabaran seperti didatangi seseorang yang lebih baik daripada suami atau isteri, dan jika didorong hawa nafsu pasti ikatan itu menjadi rapuh atau hancur berkecai sama sekali.
Dalam kisah yang bakal dikongsikan ini, seorang isteri tampil meluahkan rasa dilemanya akibat seri rumahtangga yang kian pudar.
Mari ikuti cerita Fisha(bukan nama sebenar):
“Saya dan suami telah berkahwin hampir 9 tahun dan awal perkahwinan kami adalah tempoh paling sukar yang kami berdua hadapi.
“Kami tidak ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata sehingga ke hari ini tetapi kami masih bersama.
“Walaupun Nazry(bukan nama sebenar) tegas orangnya dan sering tertekan dengan tempat kerja, namun saya hargai penat lelahnya dan mencintai suami sepenuh hati.
“Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, saya perasan kami suami isteri sudah jarang melakukan hubungan intim.
“Suami juga selalu pulang lambat dan buat saya tertanya-tanya di mana silapnya. Kedinginannya menjadikan saya keliru kerana sepanjang berkahwin, saya tidak pernah menolak ajakannya ke ranjang.
“Tidak tahan dengan penderaan mental itu, saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada Nazry dan memintanya untuk berterus-terang. Permintaannya selepas itu mengejutkan saya.
“Suami mengajak saya untuk melakukan threesome bersama rakan sekerjanya, Lina(bukan nama sebenar). Rupa-rupanya, selama ini mereka berdua telah menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan saya!
“Hati isteri mana yang berkecai? Sudahlah ada perempuan simpanan, selamba pula diajaknya kita ‘berkongsi’ dengannya di bilik tidur!
“Tetapi, saya terlalu mencintai suami. Saya tahu dia memang ada memasang niat untuk melakukan hubungan seks secara bertiga sebelum kami berkahwin lagi, kerana dia ada beritahu keinginannya.
“Akhirnya, saya setuju untuk memenuhi fantasi seksnya kerana takut kehilangannya jika saya menolak, dengan harapan suami akan sedar betapa kuat sayang saya kepadanya. Mungkin selepas ini, dia akan berubah.
“Nazry cadang agar saya bertemu dua mata dengan Lina supaya kami berdua akan lebih mesra. Saya hanya menggangguk perlahan tetapi di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.
“Hari yang ditunggu tiba. Perempuan yang telah menyebabkan suami saya curang ada di hadapan mata saya.
“Melihat Lina, baru saya faham mengapa suami sanggup selingkuh: perempuan tu bertubuh montok dan seksi orangnya. Serta-merta saya rasa rendah diri dan ‘terancam’ dengan sosoknya yang menggoda.
“Suami book bilik di hotel kerana saya tak benarkan ‘agenda’ kami bertiga dilakukan di rumah kelamin kami. Nazry siap belikan saya dan Lina set pakaian dalam seksi!
“Kami bertiga berada di dalam kereta yang sama untuk ke hotel tersebut dan saya berasa sangat gelisah. Saya takut dan keliru dengan perasaan saya.
“Namun, yang peliknya, jauh di sudut hati sebenarnya saya agak excited juga.
“Itu bukanlah kali pertama dan terakhir kami lakukan threesome. Nazry akan aturkan beberapa sesi sesuka hatinya, dan setiap kali saya hanya patuh akan permintaannya.
“Lama-kelamaan, hubungan fizikal itu membuahkan perasaan sayang pula kepada Lina.
“Apabila suami putus cinta dengan Lina untuk jalin hubungan dengan wanita lain, kami berdua sering berhubung untuk meluahkan perasaan masing-masing.
“Saya gembira menjadi tempatnya mencurahkan isi hati dan dia juga sentiasa ada bersama saya dalam susah dan senang.
“Jadi apabila saya tidak rasa cemburu langsung dengan hubungan sulit baru suami, daripada situlah saya yakin bahawa sebenarnya saya telah jatuh hati pada Lina.
“Hati saya berkobar-kobar untuk meluahkan perasaan sayang kepadanya, namun saya tahu jika kami jalinkan hubungan pun, ianya takkan ke mana.
“Dalam masa yang sama, suami mengalami masalah kewangan dan saya sebagai isteri harus ada untuk memberikan dia sokongan moral.
“Demi cinta kepada suami, saya ketepikan perasaan kepada Lina dan cuba meyakinkannya agar berkahwin dengan orang lain dan mulakan kehidupan baru.
“Nazry tidak tahu tentang perasaan saya terhadap Lina hingga ke hari ini. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan anak dan kami berazam untuk lupakan episod hitam dalam perkahwinan kami itu.
“Inilah pertama kali saya ceritakan kisah bagaimana suami duakan saya berulang kali dan bagaimana saya jatuh cinta pada perempuan simpanannya.”
Begitulah jika pasangan suami isteri tidak kuat menolak godaan nafsu. Walaupun mereka pernah terlalu mengikut perasaan, namun kami ‘salute’ pasangan ini kerana masih mempertahankan perkahwinan mereka sehingga ke hari ini.
No comments: