Header Ads

Ini Sebenarnya yang Berlaku Antara Janna Nick dan Ruhainies

SEBELUM ini, timbul gosip menyatakan Janna Nick telah menghasut pengarah Michael Ang supaya tidak mengambil Ruhainies sebagai watak utama dalam filem terbaharunya, Kimchi Untuk Awak.

Walaupun Ruhainies mengambil keputusan berdiam diri selepas membuat kenyataan terbuka sudah memaafkan Janna, dia mengakui bahawa tindakan Janna memuat naik video dan menulis caption menghina dirinya sebagai kurang matang lapor Mynewshub.

Ini Sebenarnya yang Berlaku Antara Janna Nick dan Ruhainies

“Saya tidak mahu mempunyai salah faham atau pergaduhan antara kami, jadi saya memilih untuk berdamai. Industri ini kecil, tidak mustahil kami akan digandingkan dalam produksi yang lain nanti.

“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa dalam industri kerana saya di sini mahu mencari rezeki.

“Saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna memuat naik video di laman Instagram untuk menghina dan memburukkan nama saya. Michael Ang dan pelakon pengganti untuk saya dalam filem itu tahu kebenaran yang sebenar.

“Buat masa sekarang, saya memilih untuk tidak membuat apa-apa serangan balas kepada Janna kerana tidak mahu mengikut emosi. Tetapi bila tiba masanya nanti, saya akan mengemukakan mesej yang dihantar oleh Janna kepada saya,” katanya.

(Baca: Janna Nick Akhirnya Dah Letih Nak Gaduh Dengan Ruhainies)

No comments:

Powered by Blogger.