Elizabeth Tan Akui Sedang Mencari Teman Lelaki
PENYANYI sensasi tinggi lampai, Elizabeth Tan terlalu terikat dengan jadual kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan hal-hal peribadi.
Gadis berbangsa Tionghua yang popular dengan lagu Knock Knock itu kini kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta untuk menjadi juri rancangan realiti nyanyian Just Duet, di republik tersebut lapor Mynewshub.
“Buat masa ini saya amat sibuk dengan komitmen kerja, apatah lagi setelah menggalas tanggungjawab sebagai juri dalam Just Duet di Indonesia,” kata Elizabeth atau Lizzie.
Beliau ditemui semasa majlis pengumuman perlantikan duta bagi laman web beli-belah dalam talian 11street.my di Tower B, Menara NU, di Kuala Lumpur semalam.
“Dalam perkembangan lain, saya juga dalam proses rakaman single terbaru saya. Jadi, saya amat teruja untuk menghadiahkan produk terbaru buat peminat-peminat saya setia yang tak putus-putus memberikan sokongan kepada saya,” tambah penyanyi itu lagi.
Dengan jadual harian yang sibuk, apakah gadis secantik Lizzie ada terfikir untuk mengisi ruang kosong di hatinya dengan kehadiran seorang lelaki?
Nampaknya Lizzie ada berita baik kepada kaum Adam di luar sana:
“Saya masih solo dan tiada teman lelaki, Tiada masa langsung untuk hal-hal luar karier!”
Apabila ditanya ciri-ciri lelaki yang bagaimanakah akan menjadi pilihan hatinya, Elizabeth berkata, lelaki tersebut mestilah menyintai Tuhan, ada integriti dan bekerja keras.
“Saya rasa sudah tiba masanya saya ‘cari’ seseorang untuk dijadikan teman istimewa. Setakat ini belum jumpa lagi.”
No comments: