Yana Samsudin Hamil?
Baby Bump Yana Samsudin Jelas Kelihatan | YANA Samsudin dan suami masih belum memberikan apa-apa kenyataan tentang berita kehamilan Yana yang kini sedang menular di laman sosial.
“Berapa bulan dah agaknya? Ramai yang tanya masa majlis perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla, mereka kata nampak perut saya.
“Kalau betul pun, perkara ini masih baharu dan saya serta suami tidak selesa untuk kongsikannya bersama orang ramai, lagi pun ramai ahli keluarga Fadzil yang bergelar doktor.
“Mereka menasihati saya, sekiranya kandungan baru sahaja beberapa minggu tidak elok jika dihebohkan kerana kandungan itu belum kuat,” katanya.
Yana juga memberitahu bahawa andai berita itu telah disahkan, dia dan suami pasti akan memaklumkannya kepada peminat.
No comments: