Header Ads

Rumah Lim Guan Eng Murah Sebab Berhantu

Banglo Guan Eng Murah Kerana Berhantu | KUALA LUMPUR: Isu kontroversi banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin mendapat perhatian ramai termasuk dari kalangan masyarakat marhaen.

Di media sosial, pelbagai teori dirungkai dalam menjawab persoalan mengapa harga rumah Guan Eng murah dari harga pasaran iaitu RM2.8 juta sedangkan rumah tersebut dianggarkan bernilai sekitar RM6-6.5 juta.

Ada juga dari kalangan netizen mengecam tindakan Guan Eng membeli dengan harga murah dari kenalannya dengan mengaitkan isu ini dengan kes sama yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Rumah Lim Guan Eng Murah Sebab Berhantu

Paling melucukan ada yang mengeluarkan teori bahawa rumah yang didiami Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhantu, lantas menjadi penyebab pemilik lama kediaman tersebut, Phang Li Koon, terpaka menjual banglo tersebut dengan harga murah kepada Guan Eng.

"Jawapan (Guan Eng) nanti, rumah itu Mrs Phang beli, kerajaan negeri sewa sebab rumah rasmi Ketua Menteri bocor (rosak). Saya tinggal rumah itu, minta kerajaan negeri bayar renovation (ubah suai) sebab Ketua Menteri mahu duduk.

"Mrs Phang mahu jual rumah itu lepas dapat tahu ada hantu orang bunuh diri dalam rumah itu, Orang Penang semua tahu, tapi Mrs Phang orang luar tak tahu. Orang Penang tak mahu beli rumah itu sebab tau ada hantu kacau. Sebab itu Mrs Phang kena jual rumah itu harga murah. Harga lelong.

"Saya duduk rumah itu, hantu langsung tak kacau. Sebab hantu hantu sangat takut sama Tokong!!!," kata sebuah posting di Facebook mengajuk jawapan Guan Eng kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) sekiranya disiasat kelak.

Banglo Guan Eng Murah Kerana Berhantu

Namun sejauh mana kepastian rumah tersebut berhantu hanya boleh disahkan oleh Phang Li Koon dan keluarga Guan Eng yang menetap di banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

SPRM dikatakan telah membuka kertas siasatan terhadap isu banglo Guan Eng bagi menyiasat samaada terdapat unsur rasuah sepertimana yang didakwa Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Shabudin menyoal samaada Guan Eng membeli banglo tersebut dengan harga murah mempunyai kaitan dengan projek pembangunan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu masih belum disoal SPRM dan difahamkan beliau kini berada di China bagi lawatan kerjanya selama seminggu.

Banglo Guan Eng Murah Kerana Berhantu

No comments:

Powered by Blogger.