Promosi Tiket Dengan Punggung Wanita, Ini Penjelasan Firefly
Penjelasan Firefly Isu Promosi Tiket Murah Dengan Punggung Wanita | KUALA LUMPUR - Gara-gara menerbitkan iklan yang mengandungi unsur seksis, Jumaat lalu, syarikat penerbangan tambang rendah, Firefly Airlines membuat permohonan maaf, semalam.
Iklan yang menawarkan diskaun dari 10% - 60% bagi setiap penerbangan ke pelbagai destinasi itu dikritik netizen kerana tawaran tulisan 10%-50% itu dipamer pada punggung pramugarinya lapor Pixelperfext.
"Kami di Firefly tidak berniat untuk menjadi seksis dalam cara menjalankan perniagaan kami.
"Kami menyesal iklan kami baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak dan oleh itu kami memohon maaf," jelas kenyataan rasmi Firefly, semalam.
No comments: