Header Ads

Produk Guna Nama "Ayat Ruqyah" dan " Makanan Sunnah" Diharamkan

JAKIM Haram Produk Guna Nama "Ayat Ruqyah" dan " Makanan Sunnah" | PUTRAJAYA – Semua syarikat dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak dibenarkan menggunakan terma ‘ayat ruqyah’, ‘makanan sunnah’ dan seumpamanya pada pelabelan produk bagi pengesahan status halal. 

Ini termasuk pada sebarang bentuk pengiklanan dan promosi ke atas produk terbabit selepas layak menerima sijil halal yang sah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. 

Produk Guna Nama "Ayat Ruqyah" dan " Makanan Sunnah" Diharamkan

Beliau berkata produk dilabelkan terma itu sering digunakan sesetengah pengusaha sebagai pelan pemasaran namun ia dikhuatiri boleh mengundang penipuan ke atas pengguna yang percaya produk itu lebih berkesan. 

Malah ujar Othman, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada November tahun lalu turut memutuskan bahawa penggunaan ayat ruqyah pada sesuatu produk bagi tujuan komersial tidak dibenarkan. 

Ini juga meliputi penyalahgunaan ayat istimewa berkenaan yang sering terdapat pada pelabelan bungkusan produk, bentuk pengiklanan atau promosi dilakukan syarikat terbabit setelah berjaya memperoleh sijil halal.

JAKIM Haram Produk Guna Nama "Ayat Ruqyah" dan " Makanan Sunnah"
Contoh makanan Sunnah. – Gambar hiasan

“Produk berasaskan ‘makanan sunnah’ atau makanan serta minuman yang didakwa sebagai dibacakan ayat al-Quran tertentu atau diruqyahkan sering kali disebut konon sebagai makanan terbaik untuk kesihatan. 

“Selain itu, pihak Jakim mendapati ada produk yang menggunakan air zam zam sebagai ramuan utama campuran, namun kuantitinya amat sedikit dan kemudian ia dinyatakan pula sebagai ramuan pada label produk tersebut. 

“Tindakan ini kemungkinan besar menyebabkan berlaku penipuan kepada orang ramai yang menganggap produk itu lebih berkat dan berkesan kerana dibacakan ayat al-Quran dan zikir serta doa tertentu,” jelas beliau. 

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu, Othman berkata, pekeliling mengenai peraturan itu sudah dikuat kuasa pada 15 Februari lalu ia dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 

“Justeru, semua syarikat tempatan atau pemohon pensijilan halal Malaysia perlu mematuhi dan mengambil maklum mengenai pelaksanaan pekeliling terbaharu ini,” tegas beliau lagi.

No comments:

Powered by Blogger.