Header Ads

Perampas Pesawat MS181 EgyptAir Didedahkan

Ibrahim Samaha Rampas Pesawat MS181 EgyptAir Untuk Berjumpa Isteri | Cyprus, 29 Mac - Tindakan perampas pesawat EgyptAir MS181 yang dikenali dengan nama Ibrahim Samaha bukannya kerana dia seorang pengganas, namun mempunyai motif peribadi.

Laporan dari Bloomberg mengatakan motif perampas bertindakan sedemikian adalah kerana mahu menyampaikan surat kepada bekas isterinya, seorang rakyat Cyprus yang tinggal di Larnaka.

Perampas Pesawat MS181 EgyptAir Didedahkan

Lapor Vice News, lelaki berkenaan mahu surat berhalaman 4 muka surat itu diberikan kepada bekas isterinya.

Dalam perkembangan terbaru, lelaki berkenaan dilihat melempar surat-surat tersebut dan kini perampas itu mahu berjumpa dengan bekas isterinya itu lapor Siakapkeli.

Ibrahim Samaha Rampas Pesawat MS181 EgyptAir Untuk Berjumpa Isteri

Laporan dari Dailymail menyatakan, selain mahu menyampaikan surat kepada bekas isterinya, lelaki itu juga difahamkan mahu perlindungan suaka politik.

Samaha, dipercayai warganegara Mesir berusia 27 tahun, masih lagi menahan 7 krew dan empat penumpang di dalam pesawat terbabit.

No comments:

Powered by Blogger.