Header Ads

Penjelasan Kenapa Jalan yang Hilang Selama 22 Tahun Muncul Semula

Misteri Jalan Lama yang Hilang 22 Tahun Muncul Semula | Padang Besar: Sebuah Jalan lama yang pernah 'hilang' dan sudah pun dilupakan oleh penduduk kampung selama 22 tahun selepas ditenggelami air akibat pembinaan sebuah empangan telah muncul kembali selepas air tasik berkenaan mulai surut akibat cuaca panas melampau ketika ini.

Jalan yang dianggarkan sepanjang satu kilometer yang terletak di Kampung Sahabat, Tasoh itu telah menjadi jalan penghubung kampung berkenaan dengan batu 12 kira-kira 22 tahun dulu dan kini telah muncul kembali beberapa minggu lalu lapor Pixelperfext.

Penjelasan Kenapa Jalan yang Hilang Selama 22 Tahun Muncul Semula

Memetik tulisan oleh saudara Mohd Shah Syah yang merupakan pengulas radio Perlis FM, beliau telah pergi melawat tempat berkenaan di mana jalan itu terakhir digunakan pada tahun 1994 iaitu dua tahun selepas Empangan Timah Tasoh yang terletak berhampiran kampung itu siap dibina.

Misteri Jalan Lama yang Hilang 22 Tahun Muncul Semula
Laporan Harian Metro Hari Ini

Beliau memuatnaik gambar dengan kapsyen berbunyi "Tengah-tengah empangan Timah Tasoh, 20 tahun baru timbul balik jalan ini, sebelum ini hanya nampak perahu dan bot sahaja(lalu kawasan itu)," tulisnya.

Misteri Jalan Lama yang Hilang 22 Tahun Muncul Semula

Misteri Jalan Lama yang Hilang 22 Tahun Muncul Semula

Misteri Jalan Lama yang Hilang 22 Tahun Muncul Semula

No comments:

Powered by Blogger.