Padah persenda nak penjarakan Nabi
Menteri kurang ajar persenda nak penjarakan Nabi | KAHERAH - MESIR. Gara-gara mengeluarkan kenyataan mempersendakan Nabi Muhammad SAW, dua hari lalu, Menteri Kehakiman Mesir, Ahmed al-Zind menerima padah selepas beliau akhirnya dipecat.
Kelmarin, jurucakap kerajaan memaklumkan Perdana Menteri, Sharif Ismail memutuskan untuk melucutkan jawatan Zind, 70.
Perintah itu dikeluarkan selepas Zind sewenang-wenangnya menyatakan beliau akan memenjarakan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang termasuk Nabi.
"Mana-mana individu termasuk hakim yang didapati bersalah akan turut dihukum penjara," katanya dalam wawancara bersama saluran satelit, Sada al-Baladand.
Susulan kenyataan kontroversi itu, penduduk Mesir telah melancarkan #trial for Zind dan ia turut menerima respons dari pihak berkuasa agama tertinggi Mesir, al-Azhar.
"Semua yang terlibat dalam wacana awam di media perlu menghormati Rasulullah.
"Baginda tidak wajar dipersendakan walaupun tanpa niat," kata jurucakapnya.
Difahamkan, Zind telah memohon maaf di atas ketelanjurannya kata-katanya melalui panggilan telefon dengan stesen TV, CBC pada Sabtu lalu.
Januari lalu, beliau pernah mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi menyokong pembunuhan beramai-ramai ke atas anggota gerakan Ikhwanul Muslimin. - Press TV
No comments: