Header Ads

Nak Sangat Rasa Daging Manusia, Lelaki Makan Daging Sendiri

Lelaki Sanggup Makan Daging Sendiri Untuk Merasai Daging Manusia | Pernahkan anda bayangkan bagaimana rasanya daging manusia? Seorang lelaki memutuskan untuk memotong sedikit daging kakinya dan kemudian memasak daging itu. 

Hasilnya…dia mendapati rasa daging manusia adalah antara daging babi dan kambing dengan baunya lebih kepada daging lembu. 

Ujikaji itu dijalankan oleh wartawan Greg Foot, yang mengambil sedikit otot dari betisnya dan menguji cebisan berkenaan di dalam makmal lapor Mynewshub.

Mahu Sangat Rasa Daging Manusia, Lelaki Makan Daging Sendiri

Tujuannya adalah bagi memastikan bahawa otot betis mengandungi fiber yang boleh diperolehi pada bahagian dada ayam dan daging lembu. 

Ini kerana makan daging manusia, walaupun daging sendiri adalah salah disisi undang-undang. 

“Baunya agak menarik…ia lebih berair daripada daging babi atau ayam,’’ katanya. 

Meskipun makan daging manusia adalah salah di sisi undang-undang pada masa kini namun satu buku kanibalise perubatan mendedahkan pada penghujung abad ke-18, kerabat Britain telah menelan sebahagian badan manusia. 

Penulis buku itu mendakwa ia bukannya amalan yang dilakukan oleh raja-raja namun ia tersebar di kalangan golongan berada di Eropah dan Amerika. 

No comments:

Powered by Blogger.