Header Ads

Nak Pencen Tapi Tiada Rumah? Ikuti 30 Tips Bijak Ini.

30 Langkah Bijak Untuk Mereka yang Mahu Pencen Tapi Tiada Rumah | "Salam. Saya minta maaf jika mengganggu. Saya nak tanya sikit macam mana nak cari rumah. Saya ni dah hampir nak pencen tapi rumah untuk saya duduk selepas pencen pun tak dapat cari lagi. Saya dah hampir putus asa untuk mencari rumah. Boleh tak tolong saya ni?" 

Perkongsian ini dipetik menerusi ASY yang kami kongsikan melalui Piexelperfext.

30 Tips Bijak Untuk Mereka yang Mahu Pencen Tapi Tiada Rumah

Aku dapat mesej macam ni, aku rasa kesian. Aku tahu tak semua kita ada gaji yang tinggi. Maaf la, tapi aku terpaksa cakap. Biasanya orang macam tu daripada pekerja kerajaan. Dapat kuarters kerajaan. Selama berkhidmat langsung tak ada kesedaran nak miliki rumah pertama sebab masa tu berada di zon selesa. 

Ada tu yang bergaji RM1400 je sebulan. Memang nak simpan pun susah. Makan nasi pun sehari sekali. Tapi, setiap tahun gaji naik. Golongan ini sedar akan kemampuan ekonomi mereka. Baguslah macam tu. Mereka tidak ada hutang yang tinggi. 

Masalahnya ada golongan yang bergaji ciput tapi tak sedar diri. Kereta paling cikai pun mesti Almera. Baju harga di bawah RM100 mana nak beli. Semua nak baju butik. Kau orang nak ke, bila dah nak pencen tapi langsung tak ada rumah sendiri untuk didiami? Mesti tak nak kan. Ayuh merencana masa hadapan bermula daripada sekarang. 

Jadi, antara langkah yang kau orang boleh buat ialah: 

1. Buat Matlamat Untuk Beli Rumah Mulakan daripada awal. Masa muda kena ada kesedaran. Kalau boleh masa bujang dah ada 2 buah rumah untuk pelaburan. 

2. Mulakan Simpanan. Bina karektor untuk menyimpan dengan baik. Pihak bank suka memberi pembiayaan perumahan kepada mereka yang mempunyai karektor seperti ini. Biarlah kawan kau orang cakap kau kerek dalam berbelanja. Buat derk sudah. 

3. Ambil Takaful Masa Muda. Ansuran bulanan rendah. Pihak bank tahu yang kau juga berisiko rendah. 

4. Baiki Hutang Jahat. Jelaskan hutang tertunggak kad kredit, PTPTN, pembiayaan peribadi dan kereta. Bayar mengikut masa yang ditetapkan. 

5. Ada Hutang Tertunggak? Bayar bagi cun mengikut tempoh dan jumlah yang ditetapkan. 

6. Bijak Uruskan Kad Kredit. Jika ada kad kredit, gunakan hanya untuk membeli barang keperluan dan isi minyak kereta untuk rebat mata. Kalau tak pandai dan tak berdisiplin, tak payah lah guna. 

7. Baki Akaun Bank Tiap Bulan. Baki dalam akaun bank jangan tinggal berbelas ringgit je setiap tengah bulan. Kos sara hidup kena kira. 

8. Cek CCRIS di BNM. Pastikan CCRIS cun melecun. Nombor 0,0,0 je muncul. Jika ada sangkut nombor 1,2,3, baiki dulu. Memang bank tak bagi pembiayaan perumahan kalau ada yang tersangkut macam tu. 

9. Cek Kelayakan Pembiayaan Perumahan. Cek kelayakan pembiayaan perumahan daripada pihak bank. Walk in ke 3, 4 buah bank. Bawa slip gaji sekali. 

10. Tak Perlu Kereta Dulu. Jangan beli kereta atau ambil pembiayaan peribadi dahulu kerana akan menyebabkan Debt Service Ratio (DSR) semakin tinggi. 

11. Kira DSR. DSR = jumlah komitmen hutang dengan bank / pendapatan bersih X 100%. Pastikan bawah 60%. 

12. Cari Rumah Murah. Beli rumah murah dulu. Jangan nak rumah yang di atas tanah saja. Beli apartmen. Harga di bawah RM100K. Bulanan baru RM600. 

13. Bagi Sewa. Beli rumah yang murah terlebih dahulu dan sewakan ikut bilik. Boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan. 

14. Lokasi Cun. Pilih kawasan yang mudah untuk disewa. Lokasi berdekatan dengan stesen bas, pusat membeli belah misalnya. Permintaan untuk menyewa adalah lebih tinggi. 

15. Kurangkan Hutang. Gaji sikit lagi. Baru mula kerja. Pilih rumah murah pada peringkat awal untuk elak bebanan kewangan yang tinggi. 

16. Sediakan Deposit Rumah. Sediakan deposit rumah 10% daripada harga rumah. Seelok-eloknya ada 15% daripada harga rumah untuk kos guaman dan kos sampingan. 

17. Awas, Ditipu Ejen. Jika sudah jumpa rumah, deposit wajib dibayar kepada nama agensi ejen tersebut. Bukan ke dalam akaun bank peribadi ejen tu. 

18. Deposit Tidak Hangus. Tanya ejen dahulu. Jika pembiayaan perumahan tidak diluluskan, adakah deposit boleh dapat balik. Pastikan deposit adalah "refundable" 

19. Mohon Pembiayaan Perumahan. Hantar permohonan sekurang-kurangnya ke 3-4 buah bank. Biasanya jika guna ejen hartanah, mereka akan uruskan. 

20. Perjanjian Sewaan Menjana Pendapatan Tambahan. Perjanjian sewaan mestilah di matikan setem. LHDN. Ada perjanjian hitam putih, jumlah sewaan dan sebagainya. 

21. Hidup Dibawah Kemampuan. Cuba hidup di bawah kemampuan masa kau orang bujang ni. Lelaki terutamanya. Tak payah merokok, vape, beli kereta, berjalan-jalan, bercuti luar negara bagai. Tak payah nak tunjuk kau tu mewah padahal miskin. 

22. Kerja Hari Minggu, Tambah Pendapatan. Buat kerja masa cuti. Sabtu Ahad. Biarkan orang lain keluar dengan awek. Kita kerja. Setkan matlamat jelas. Bersusah payah dulu. Cari duit tambahan untuk tampung perbelanjaan. Dapat duit untuk lepas makan sebulan okay dah. Kerja kedai makan. Gaji dapat, makan pun percuma. 

23. Rumah Murah Masih Ada. Rumah murah memang ada, rumah lelong ada bawah RM80K. Rajinkan diri mencari. Beli, baiki, cat balik dan sewakan. Tiap hari buka Mudah.my. Berkawan dengan ejen hartanah. 

24. Kuasai Ilmu Pengurusan Kewangan. Tambah ilmu pengurusan kewangan daripada masa ke semasa. Banyakkan membaca buku pengurusan kewangan. Bukan duk bazirkan duit membeli majalah artis, buku hantu, novel cinta semua tu. 

25. Jangan Ikut Orang. Beli rumah ikut kemampuan diri sendiri, bukan ikut orang lain. Sudah ada satu untuk pelaburan masa depan pun cukup dah. 

26. Kawan Positif. Carilah kawan yang mempunyai objektif yang sama. Saling membantu. Kau gaji ciput tapi duk berkawan dengan orang yang suka travel ke luar negara. Gila ke apa. 

27. Jangan Tunggu!!! Jangan tunggu beli rumah, tetapi beli rumah dan tunggu. Harga rumah makin naik setiap tahun. 

28. Tangguhkan Kehendak, Utamakan Keperluan. Tangguhkan kehendak. Jika kau tak mampu beli tunai jangan nak berhutang. Beli IPhone, sport rim, mod vape mahal misalnya. 

29. Bertindaklah Dengan Bijak. Ambil tahu, ambil tindakan. Apa tindakan kau buat masa zaman muda, akan memberi kesan pada masa hadapan. 

30. Jika tak mampu tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan. 

Cuba kau bayangkan. Masa sekarang pun dah sukar untuk beli rumah. Masa depan nanti? Tambahan pula, populasi di negara kita semakin bertambah. Nak beli rumah asasnya ialah menyimpan. Kumpul duit deposit rumah dulu. Tapi, gaji kau kan duk bayar hutang je, nak simpan macam mana. Ye dak? 

Kalau kau masih dalam jerat pencintaan, selalu lepak kedai hipster, acah-acah ada hobi mahal, hisap vape, modified kereta je kerja kau, nak menyimpan masa bila? Dah nak masuk umur 40 baru nak menyimpan. Anak dah 3 orang. Tanggungan makin banyak, hutang berlambak. Masa tu mula la kucar-kacir hidup. Sampai ke sudah tak ada rumah sendiri sebab zaman muda duk enjoy sangat kan. 

Sebarkan jika manfaat. Sharing is caring. Kongsikan pada mereka yang kau orang sayang supaya tak alami nasib yang sama dengan pak cik yang tanya aku tu. Semoga ramai yang tersedar daripada mimpi dan dunia fantasi mereka. Hidup tak kejam. Tapi kau orang yang kejam kerana tak pandai buat percaturan. 

Masa bujang ni kata pelaburan itu haram lah, pembiayaan perumahan ada riba lah. Haram itu haram ini. Tapi kau orang haram nak menyimpan wang. Bila dah terkena, terhimpit, terdesak nak guna wang barulah padan muka. Kah!

No comments:

Powered by Blogger.