Header Ads

Luahan Isteri Suami Skandal Dengan Budak Baru Habis Sekolah

"Suami Selalu Bawak Anak ke Tingkat Atas, Rupa-Rupanya.." | Saya ingin kongsikan satu kisah untuk semua yang belum atau yang sudah berkahwin. Saya kenalkan diri saya sebagai Ara, umur lewat 20'an. 

Kisahnya begini, saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta, suka sama suka. Suami yang masuk meminang walaupun saya belum bersedia. Tetapi saya fikir positif, mungkin sudah smapai jodoh saya sebab setiap kali berdoa, saya ingin tamatkan zaman bujang di umur 25 tahun. 

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga.

Luahan Isteri Suami Skandal Dengan Budak Baru Habis Sekolah

Allah makbulkan, saya bertuah mempunyai suami yang agak kacak, kulit sawo matang, hidung mancung, berlesung pipi. Ada juga orang kata wajah di seiras Dafi, adakalanya seperti Adi Putra. Tetapi bagi saya, saya mencintai dia bukan kerana rupa. 

Awal perkahwinan kami sangat bahagia. Kami belajar mengenal diri masing-masing dan bohonglah kalau tak pernah bergaduh. Tetapi saya jenis yang gila-gila, begitu juga dengan suami. 

Setelah 5 bulan berkahwin, saya disahkan mengandung. Alhamdulillah, suami jaga bagai menatang minyak yang penuh. Sekali pun tak pernah miss temankan saya pergi ke Klinik Kesihatan. Ubat dan pemakanan, semua dijaga olehnya. Dia juga memasak untuk saya yang hanya disuruh duduk berehat sepanjang kehamilan. Di waktu bersalin pun dia temankan saya. Betapa gembiranya dia menjadi seorang ayah. 

Saya menyewa di sebuah negeri di bandar utamanya yang agak sibuk. Saya bekerja, manakala suami bekerja sendiri. Jadi dia sentiasa berada di rumah menguruskan perniagaan onlinenya. 

Hendak dijadikan cerita, suami ada akaun WeChat. Ada budak-budak sekolah dan yang baru habis sekolah add dia di WeChat. Saya tahu semua dan saya baca semua mesej mereka. Jadi, tiada apa-apa yang mencurigakan. 

Lama kelamaan, budak itu semakin cantik dan semakin putih. Dulu hitam, sebab baru habis sekolah. Bila bekerja di kedai tudung, semakin cantik pula jadinya. Rumah dia dua tingkat atas rumah saya. Jadi, suami selalu dukung anak naik ke tingkat atas untuk ambil angin tengok keadaan sekeliling. 

Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa. Semuanya seperti biasa-biasa sahaja sebab suami pun ada beritahu yang budak itu biasa-biasa sahaja. 

"Alah, budak saja tu. Awak lagi cantik daripada dia," kata suami. 

Mulut lelaki, manisnya mengalahkan gula. 

Pada suatu hari, saya perlu menghadiri kursus selama seminggu. Terpaksa meninggalkan anak yang berusia 5 bulan dengan suami di rumah. Kebetulan, saya balik dua hari lebih awal dan saya tidak memaklumkan kepada suami kerana mahu membuat kejutan. 

Sampai di rumah, saya terkejut, pintu terkunci dari dalam. Saya ketuk banyak kali dan akhirnya dibuka. Suami keluar dan budak perempuan itu ada dalam rumah. 

"Dia datang nak tengok baby saja sayang," jelas suami. 

"Datang tengok baby? Dah tu, kenapa selipar dia ada di dalam rumah? kenapa tak diletakkan di luar? Kenapa saya ketuk berkali-kali baru nak buka?" soal saya yang masih menahan kesabaran. 

Suami hanya mendiamkan diri. Air mata saya mula bergenang. Saya ambil telefon perempuan itu dan minta dia bukakan password. Saya tahu kalau periksa telefon suami, mesti semua bukti telah dibuang. 

Ternyata benar sekali sangkaan saya, memang suami saya ada bermesej dengan perempuan itu. Mesej bersayang-sayang. Hati kecil saya meraung sedih melihat anak kecil saya. 

"Kenapa awak buat saya begini? Kahwinlah dengan perempuan ini kalau mahu. Jangan buat maksiat. Saya izinkan awak kahwin lain. Tetapi dengan syarat, izinkan saya keluar dari rumah bersama anak dan jangan cari saya selagi saya tidak bersedia untuk balik," kata saya yang turut membenarkan mereka duduk di rumah yang kami bina ini dari taida apa-apa sehingga menjadi syurga kecil bagi kami.

No comments:

Powered by Blogger.