Header Ads

Kugan Tangiisuran, Mat Despatch yang Berjaya Menjadi Pilot

Kisah Kugan, Dari Office Boy Merangkap Mat Despatch ke Juruterbang | Kugan Tangiisuran asalnya hanyalah seorang budak pejabat yang bekerja dengan Air Asia. Namun dalam diam-diam dia menyimpan hasrat yang tinggi untuk bergelar juruterbang.

Kisah ini dipetik menerusi perkongsian di Facebook Syahril A. Kadir.

Kugan Tangiisuran, Mat Despatch yang Berjaya Menjadi Pilot

Tetapi dia asyik gagal dalam ujian kemasukan ke sekolah penerbangan. Bukan sekali, bukan dua kali...tetapi 11 kali!

Kisah Kugan, Dari Office Boy Merangkap Mat Despatch ke Juruterbang

Tan Sri Tony Fernandes tahu cita-cita tinggi pemuda tersebut malah beliau 'ada kuasa' sekiranya mahu Kugan memasuki sekolah penerbangan namun beliau tidak ingin berbuat demikian. Beliau mahu Kugan terus berusaha dan membuat yang terbaik agar diterima untuk menjadi pelatih juruterbang. Akhirnya pada percubaan terakhir, setelah habis kudrat dan daya, Kugan lulus dan diterima untuk menjadi pelatih.

Office Boy Air Asia Jadi Juruterbang

Mat Despatch Air Asia Jadi Juruterbang

Hari ini Kugan tidak menoleh ke belakang lagi. Daripada seorang budak pejabat merangkap Mat Despatch di pejabat Air Asia, pemuda berketurunan India itu kini telah menerbangkan pesawat Airbus milik syarikat berkenaan serta membawa ribuan penumpang merentasi benua dan lautan hingga ke destinasi yang dituju. Terbang tinggi di angkasa dengan megahnya!

Aku terbaca satu kata-kata hikmah di dalam FB Kugan;

" Keep going. Each step may get harder but dont STOP. The view is beautiful at the TOP! "

Tq Cik Zara Shamdin, my BFF yang kini dah bergelar Cabin Crew kerana bercerita mengenai kisah ini. Pada First Officer Kugan. Kami bangga dengan anda, SALUTE!

Mat Despatch Air Asia Jadi Pilot

No comments:

Powered by Blogger.