Header Ads

Gambar Nikah Ammar Alfian dan Nelissa Nezam

Gambar Sekitar Pernikahan Ammar Alfian | Ammar Alfian merupakan seorang pelakon yang membintangi drama bersiri Tari Tirana dengan memegang watak utama iaitu Neo.

Dia dilahirkan di Cardiff, United Kingdom (UK), pelakon dan model yang kacak ini pernah juga menyertai pertandingan pencarian Hero Remaja 2008 yang sama seangkatan dengan Kamal Adli dan Fizo Omar.

Dunia peragaan juga telah mendedahkan Ammar ke peringkat antarabangsa iaitu di Singapura, Perancis, Jepun, Amerika Syarikat dan China apabila dia telah disunting menjadi model untuk jenama fesyen ternama seperti Ralph Lauren,  Topman, Adidas, Timberland, Nike, Diesel dan Renoma.

Gambar Nikah Ammar Alfian dan Nelissa Nezam

Apa yang paling membuat Ammar Alfian turut dikenali ramai adalah melalui hubungan cintanya dengan bekas kekasihnya iaitu Puteri Sarah. Namun memang sudah lama kita tidak  mendengar cerita tentang pelakon sado yang satu ni kan.

Ammar Alfian yang  sememangnya terkenal dengan cerita-cerita panas dan selalu menjadi bahan gosip. Walaupun begitu, kelibat Ammar Alfian juga ada kelihatan di dalam drama-drama bersiri di slot Akasia antaranya, Surga Nur dan Hello Mr Perfect.

Berita terbaharu yang diterima,  khabarnya Ammar Alfian sudah pun bernikah dengan seorang wanita yang cukup cantik yang turut dikenali sebagai Nelissa Nezam. Dengarnya Majlis Pernikahan telah berlangsung pada 6/3 /2016. 

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Ammar di instgram miliknya, walaupun Tidak banyak gambar yang telah dikongsikan oleh Ammar. akan tetapi wajah  isterinya sememangnya cukup cantik persis wanita arab.

Kedua-duanya mengenakan busana berwarna sedondon iaitu berwarna putih. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia hinggan ke jannah.

Berikut merupakan Foto Pernikahan Ammar Alfian untuk tatapan anda:

Gambar Sekitar Pernikahan Ammar Alfian

Gambar Sekitar Pernikahan Ammar Alfian

Gambar Sekitar Pernikahan Ammar Alfian

Gambar Sekitar Pernikahan Ammar Alfian

Gambar Sekitar Pernikahan Ammar Alfian

No comments:

Powered by Blogger.