Gadis Nekad Rakam Aksi Dirogol Bapa Untuk Meyakinkan Ibu
Nekad Rakam Aksi Dirogol Bapa Kandung Kerana Ibu Tidak Percaya | TIDAK tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung, seorang remaja perempuan dari daerah Uttar Pradesh, di utara India nekad merakam sendiri aksi lelaki terbabit merogolnya sebagai bukti perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh bapanya.
Mangsa, Sarita Devi (bukan nama sebenar), 18, bertindak demikian selepas mendakwa ibu dan kakaknya tidak percaya selepas dia memaklumkan bahawa bapanya berkali-kali melakukan serangan seksual terhadapnya, sejak empat tahun lalu.
Katanya, dia tiada pilihan lain selain merakam kejadian ngeri itu menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan video tersebut kepada ibunya lapor Malaysian Digest.
“Saya tidak memiliki sebarang bukti, jadi saya kumpul sendiri bukti kali ini untuk menentang bapa saya. Saya malu kerana mempunyai bapa sepertinya.
“Saya menuntut dia dihukum kerana mengeksploitasi saya bertahun-tahun lamanya. Saya tidak mahu dia digantung tetapi saya mahu dia dipukul hingga mati oleh orang ramai dan dengan cara itu barulah dia tahu bagaimana rasanya hidup terseksa,’’ katanya dipetik portal berita antarabangsa.
Menurut mangsa, suspek yang berusia 53 tahun itu bertindak merogolnya ketika dia berada seorang diri di rumah.
Pada hari kejadian, mangsa mengambil keputusan merakam aksi berkenaan dengan meletak telefon bimbitnya di tepi tingkap, sebelum menunjukkan rakaman berkenaan kepada ibunya.
“Saya seperti orang gila apabila anak perempuan saya mengadu tentang bapanya. Saya fikir dia sengaja mereka cerita mengenai bapanya.
“Tetapi kebenaran (rakaman video) membuatkan hati saya berkecai. Saya masih terkejut dan sukar mempercayai, seorang bapa sanggup berbuat demikian terhadap anak perempuannya sendiri.
“Sekarang sokongan saya terhadap anak saya, dan saya kesal kerana tidak mempercayainya dari awal,” kata ibu mangsa.
Sementara itu, ketua pegawai polis daerah tersebut, Alok Saxena mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah menahan suspek pada Khamis lalu.
“Perbuatan itu amat dikutuk. Bapanya telah membuat pengakuan terhadap jenayah itu.
“Suspek mengakui telah melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 376 (rogol), 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan India dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak,” kata Alok dipetik sebagai berkata.
No comments: