Demi Tingkatkan Rating TV, Pembaca Berita Tayang Payudara (Video)
Pembaca Berita Tayang Buah Dada Untuk Tingkatkan Rating TV | ALBANIA - Pembaca berita sebuah stesen TV sengaja memakai pakaian yang mencolok mata sehingga menampakkan lurah payudara mereka untuk meningkatkan rating stesen TV tersebut.
Dengan memakai pakaian blazer wanita dan terdedah lurah payudara sambil membaca isi berita penting di Zjarr TV itu, jumlah penontonnya semakin hari semakin meningkat semenjak tahun lalu, kata pemilik stesen, Ismet Drishti lapor Pixel Perfext.
"Di Albania, penyiaran berita banyak dikuasai oleh kuasa politik. Jadi, penonton memerlukan medium untuk menyampaikan berita seperti ini dengan 'telanjang. Namun kami tidak menjual 'seks'" katanya.
Penyampai berita, Greta Hoxhaj, 24, berkata, kaedah 'baru' ini telah memberikan publisiti dan populariti yang mudah kepadanya sehingga ramai penonton yang menyedari kewujudannya dalam bidang itu.
"Saya bekerja keras selama 5 tahun di stesen TV tempatan di mana saya wujud tanpa disedari. Dengan cara baru seperti ini, saya tidak menyesal. Malah, saya menjadi bintang dalam tempoh tiga bulan," katanya.
Setelah dirinya popular dari perkara itu, Hoxhaj menerima tawaran menjadi penyampai berita di sebuah stesen TV di Australia dengan bayaran 3,000 euros ($3280) seminggu.
"Saya masih belum membuat keputusan, saya masih memikirkan tawaran itu," katanya.
Bagaimanapun reaksi di media sosial mengkritik tindakan pembaca berita berbuat demikian.
"Teruknya sampai kena bertelanjang demi menaikkan rating stesen TV. Lebih teruk lagi tayangkan lurah payu dara di kaca televisyen," kata netizen.
Meskipun begitu, Hoxhaj menyatakan bahawa dia tidak terkesan dengan kritikan netizen dan menganggap kritikan mereka itu tidak membantunya.
"Saya mempunyai keberanian untuk melakukannya dan ia telah menjadikan saya seorang bintang," katanya.
No comments: