Header Ads

Budak Lelaki 14 Tahun Perkosa Kanak-Kanak 2 Tahun Hingga Parah

Kanak-Kanak 2 Tahun Parah Dirogol Budak Lelaki 14 Tahun | SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun kini bertarung nyawa selepas dirogol dan dikelar lehernya, dalam satu lagi kejadian rogol yang mengejutkan penduduk di India.

Ketika kejadian, kanak-kanak yang tidak dikenal pasti itu sedang bermain di luar rumahnya di Punjab apabila dia tiba-tiba hilang.

Ia memaksa bapanya melaporkan kepada polis dan tidak lama kemudian kanak-kanak malang itu ditemui di dalam sebuah rumah terbiar dalam keadaan berlumuran darah.

Senjata tajam turut ditemui di situ. Dia dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Budak Lelaki 14 Tahun Perkosa Kanak-Kanak 2 Tahun Hingga Parah

Menurut doktor, ketika dibawa ke hospital, kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan di bahagian leher dan alat sulit.

Susulan itu polis menahan seorang budak lelaki berusia 14 tahun, yang sebelum itu dilihat bermain-main bersama anak-kanak terbabit.

Kanak-kanak tersebut tinggal di kawasan setinggan berhampiran stesen keretapi dan bapanya bekerja sebagai penjaja.

“Apabila anak saya hilang, kami mula mencarinya dan kami kemudian mendengar bunyi jeritan dari sebuah rumah yang terbiar dan dikunci dari luar.

“Saya pecah masuk ke dalam bilik itu dan mendapati anak saya terbaring dalam keadaan separuh bogel serta berlumuran darah,’’ kata bapanya.

Budak lelaki yang bertanggung jawab melakukannya ditangkap ketika cuba melarikan diri dan dia akan didakwa atas tuduhan merogol serta cubaan membunuh.

No comments:

Powered by Blogger.