Header Ads

Adnan Abu Hassan disahkan meninggal dunia

Punca Kematian Komposer Adnan Abu Hassan | KUALA LUMPUR : Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini.

Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Adnan Abu Hassan disahkan meninggal dunia

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Komposer berpengaruh yang pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim itu dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih. Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.

Al Fatihah.

No comments:

Powered by Blogger.