Header Ads

12 Perkara Menjadikan Anda Munafik Tanpa Sedar di Facebook

Ramai sebenarnya dari kita yang hidup berpura-pura di dunia realiti apatah lagi di dunia maya. Apa yang dikongsikan oleh Eddie Putera bakal membuat ramai tersentap. Mari kita hayati.

12 Perkara Menjadikan Anda Munafik Tanpa Sedar di Facebook

Orang Bikin Tak Boleh, Kita bikin Boleh. Halal dan Syariah Compliance.

Orang curi wang kita mau marah, tapi kita curi software dengan download movie dekat torrent kita cakap Halal dan Syariah Compliance.

Orang potong queue kita marah tapi kita mau submit borang, kita tanya "ko ada kawan kat DBKL tak? cepat sikit dapat proses". Halal dan Syariah Compliance.

Orang nepotism kita marah, tapi anak mau masuk asrama kita pigi cari kawan kat Kementrian kasi ejas. Halal dan Syariah Compliance.

Orang gomen lambat kerja kita marah, tapi kita lagi banyak keluar 'jumpa client' dari bikin real kerja. Halal dan Syariah Compliance.

Orang punya kesilapan dalam hidup kita ketawa dan keji kow kow, tapi kita mengumpat dan share di media social, kasi buka malu orang, kita cakap Halal dan Syariah Compliance.

Orang lain tak pakai tudung kita kow kow kasi kutuk, tapi kita pakai credit card, dan hutang bank, bayar riba, Halal dan Syariah Compliance.

Orang lain missuse harta awam kita marah, tapi kita duduk ofis pakai harta syarikat utk tengok FB dan umpat keji orang kita cakap Halal dan Syariah Compliance.

Orang makan rasuah kita kutuk kow kow kasi finger. Kita kena tahan polis kita cepat cepat mau minta kow tim... Halal dan Syariah Compliance.

Orang tarak puasa kita kasi keji hina, tapi bulan puasa masa zohor kita tidur sampai asar di surau ponteng kerja taki apa.. Halal dan Syariah Compliance.

Orang lain semua bodoh, kita satu orang pandai. Halal dan Syariah Compliance.

Orang lain semua masuk neraka, Lu satu orang Ahli Syurga.

Hari ini kita kasi Puiii™ sama diri kita sendiri.. Puiii™ supaya Halal dan Syariah Compliance.

No comments:

Powered by Blogger.