Header Ads

Video Stadium kedah bergema lagu ‘Kami Nak Najib Undur’

Lagu ‘Kami Nak Najib Undur’ bergema di Stadium Kedah | Lagu ‘Kami nak Najib Undur’ bergema di Stadium Darul Aman ketika perlawanan persahabatan antara Kedah dan Sg Ara F.C malam tadi.

Sekumpulan anak muda ‘bersatu padu’ menyanyikan lagu itu di hadapan 20,000 penyokong bola sepak yang hadir di stadium itu.

Lagu itu dinyanyikan sekumpulan ultras bola sepak Kedah sebagai sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk kekal memegang jawatan itu.

Video selama 1.56 saat itu memaparkan kumpulan berkenaan berulang kali berkata “Kami Nak Najib undur” sambil mendapat tepukan daripada penyokong yang hadir di stadium itu.

Video itu dimuatnaik di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang sebahagian besarnya menyokong kumpulan terbabit lapor Sinar Harian.

Video Stadium kedah bergema lagu ‘Kami Nak Najib Undur’

“Pakat satu Malaysia buat macam ini kat stadium masa ada bola,” kata Apizz Halim.

“Kalau buat tiap-tiap stadium di seluruh negara kan best,” kata Sally Melly.

“Tahniah rakyat Kedah, bermula era kejatuhan Najib bermula dari negeri Kedah. Kelahiran anak Melayu jati yang berani bersuara,” kata Rizqullah Revolusi.

Terdahulu, di hadapan 20,000 penyokong yang hadir di Stadium Darul Aman malam tadi, Mukhriz disambut penyokongnya dan mereka berarak dari luar stadium hingga ke dalam stadium.

Turut bersama Mukhriz, pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Jitra, Aminuddin Omar yang enggan menandatangani akuan bersumpah menolak Mukhriz.

No comments:

Powered by Blogger.