Tips Berkesan Menangani Ulser Mulut
Tahukah anda petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut dengan cepat dan berkesan? Apa itu ulser mulut? Ulser mulut ini pada asasnya ialah luka yang terjadi di sekitar rongga mulut dan kelihatan seperti tompokan putih dan mungkin juga ada sedikit darah kalau besar.
Ulser mulut atau juga dikenali sebagai mata ikan ini mendatangkan kesakitan apabila disentuh dan juga rasa sakit ketika minum air kosong.
Apa punca dan sebab Ulser Mulut berlaku kepada kita?
- Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
- Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
- Cuaca panas dan kurang minum air
- Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
- Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
- Alergik atau alahan
- Stress
- Jangkitan virus atau bakteria
- Perubahan hormon dalam badan
Apa petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut?
Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut. Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Anda juga boleh berkumur dengan air garam, memang berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.
Jangan sentuh bahagian yang ada ulser tersebut, sebab nanti lambat sembuh
Elakan makan makanan yang pedas dan kari yang boleh mendatangkan kesakitan di bahagian Ulser Mulut
Minum air kosong kadang-kadang mendatangkan kesakitan, oleh itu, mungkin anda boleh minum air yang manis sebab ia tidak merangsang kesakitan. Jangan minum air terlampau manis, sikit saja sudah cukup.
Kalau ulser mulut anda terlalu besar dan tidak sembuh-sembuh dan kesakitannya juga tidak reda dalam masa 2, 3 minggu, silalah berjumpa dengan doktor. Jika anda ada ulser mulut, anda bolehlah cuba petua cara meredakan sakit ulser mulut di atas. Biasanya ulser mulut ini akan sembuh dengan sendiri dan tidak sakit lagi dalam masa 2,3 hari sahaja, tetapi bergantung juga kepada bilangan dan juga saiz ulser mulut tersebut.
No comments: