Header Ads

Tae Yeon juarai semua carta di Korea Selatan dengan lagu Rain

Baru sehari dilancarkan, lagu Tae Yeon ‘Rain’ monopoli semua carta di Korea Selatan | Baru dilancarkan kepada umum pada Selasa, lagu berjudul Rain nyanyian Tae Yeon sudah berjaya menduduki tangga pertama di semua carta muzik di Korea Selatan.

Single daripada ketua kumpulan Girls’ Generation itu menjuarai beberapa carta utama iaitu Melon, Mnet, Bugs, Olleh, Soribada, Genie, Never dan Monkey3 lapor Mstar.

Tae Yeon juarai semua carta di Korea Selatan dengan lagu Rain

Lagu Rain merupakan projek khas pertama syarikat pengurusan SM Entertaiment untuk melancarkan lagu setiap minggu.

Projek ini dikhabarkan akan diteruskan selama setahun dengan pelbagai artis dibawah naungan syarikat tersebut.

Lagu tersebut turut menampilkan video muzik yang memperlihatkan Tae Yeon berlari lagi dalam hujan sambil menyanyikan lagu tersebut.

Video yang dimuat naik pada 2 Januari lalu itu sudah mencapai hampir 8 juta tontotan.

Tonton muzik video Tae Yeon, berjudul Rain di bawah.

No comments:

Powered by Blogger.