Header Ads

Suspek tumbuk mati pemandu van sekolah ditahan

Suspek tumbuk pemandu van sekolah sampai mati ditangkap | Mahkamah Majistret klang membenarkan permohonan polis untuk menahan reman seorang penganggur membantu siasatan kes kematian seorang pemandu van di Sungai Delek semalam.

Majistret Nor Asma Ahmad membenarkan lelaki berumur 29 tahun ini ditahan selama tujuh hari mulai hari ini lapor Sinar Harian.

Suspek tumbuk mati pemandu van sekolah ditahan

Reman dibuat mengikut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuikkan hukuman mati mandatori.

Semalam, dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, Mohd Izhharuddin Nordin, 24, maut selepas dipercayai dibelasah oleh suspek gara-gara mangsa terlupa mengambil anak saudara lelaki terbabit pulang dari sekolah agama.

Mangsa bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari ini.

No comments:

Powered by Blogger.