Respon mengejutkan Miera Liyana isu bercinta dengan Afiq Muiz
Afiq Muiz syok sendiri - Miera Liyana | “Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak masuk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.
“Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,” ujar pelakon Miera Liyana Kasmi, 22, mengenai kenyataan cinta Afiq Muiz terhadap dirinya.
Sehubungan itu, dia memberi amaran kepada Afiq Muiz supaya tidak berterusan mengaitkan dirinya dalam kisah ‘cinta fantasi’. Katanya, Afiq patut meminta pendapat daripadanya sebelum tampil membuat kenyataan tidak berasas itu lapor Myartis.
“Hubungan saya dan Afiq hanyalah sekadar rakan industri. Sebenarnya saya kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang,” tambah Miera yang enggan mendedahkan identiti lelaki yang berjaya menawan hatinya itu.
Untuk info, kontroversi berlaku apabila Afiq dalam satu kenyataannya baru-baru ini, mendedahkan dia dan Miera adalah ‘teman tapi mesra’, disamping mengakui amat mencintai pelakon tersebut.
“Saya mula menjalin hubungan intim dengan Miera ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya untuk terbitan Astro,” dakwa Afiq dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, ia disangkal oleh Miera yang sudahpun belajar daripada kesilapan lalu. Katanya kalau boleh dia tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama dan mahu semua pihak memberi ruang dan peluang untuk dirinya memperbaiki kelemahan.
Miera yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kisah kontroversi, tidak mahu lagi mencalarkan nama baiknya dengan gosip murahan.
No comments: