Header Ads

Rasa tertipu, wanita ambil keputusan untuk terminate Astro

Tak sangka banyak 'halangan' untuk terminate Astro? | Akhirnya, selamat tinggal Astro. Walaupun hati panas sebab rasa tertipu dengan Astro ini, tapi tak apa, fikir positif saja. Saja nak cerita, mana tahu boleh menjadi teladan pada orang lain?

Saya dan suami telah lama bercadang untuk tamatkan perkhidmatan Astro. Cuma kami tiada masa untuk berbuat demikian. 

Rasa tertipu, wanita ambil keputusan untuk terminate Astro

Antara sebab nak tamatkan perkhidmatan Astro:

  1. Cerita yang entah apa-apa asyik diulang tayang
  2. Kakak Maira asyik melayan kartun dari celik mata sampai tidur malam walaupun kartun yang ditonton itu dia dah hafal jalan ceritanya.
  3. Sebab kami nak berpindah rumah dan tak nak bawa Astro
  4. Kami memang tak tengok TV kalau hari bekerja. Sampai rumah dah 9.30-10.00 malam. Penat, rehat sebentar dan terus tidur.


Jadi hari ini saya gagahkan diri menghubungi Astro Service Center. Dari cuba buat panggilan dari pagi sampai ke tengah hari tak dapat. Selepas makan tengah hari baru dapat bercakap dengan seorang kakitangan wanita. 

“Okay, kontrak puan masih ada sehingga 2017. Kalau nak terminate sekarang, ada penalty charges RM240,” katanya dengan laju.

“Kontrak saya sepatutnya dua tahun saja. Saya langgan Astro ini semenjak 2011. Takkan tak habis kontrak lagi?” soal saya.

“Oh, puan ada buat penukaran ‘Decoder’. Jadi Astro lanjutkan lagi kontrak 2 tahun,” jawabnya.

“Semasa saya setuju untuk tukar kepada ‘decoder’ baru, kenapa saya tidak dimaklumkan oleh kakitangan Astro yang kontrak saya akan dilanjutkan dua tahun?” kata saya yang syak dia sembunyikan Terms & Conditions). 

Sumpah, sudah banyak kali Astro menghubungi saya suruh tukar ‘decoder’ yang boleh rekod bagai, saya tak pernah terima. Nak dijadikan cerita, semasa dalam hari berpantang, kakitangan Astro sendiri datang ke rumah suruh tandatangan agreement tukar ‘decoder’.

“Ianya percuma puan. Jangan risau, tiada bayaran dikenakan,” kata wakil Astro itu dengan rasa tidak bersalah dan juga tidak menerangkan terma dan syarat secara terperinci.

Berbalik pada panggilan telefon tadi.

“Baiklah puan, selepas dikira, penalti puan RM190,” jelas operator Astro itu. 

“Baiklah, saya akan bayar. Campur sekali dengan bil untuk bulan depan prorate RM50++ (terminate kena bagi 30 hari notis macam nak berhenti kerja),” kata saya padannya.

“Baik, jumlah keseluruhan yang puan perlu bayar ialah RM246++,” katanya lagi.
“Baik saya akan bayar,” jawab saya pendek.

“Puan mesti membuat pembayaran dalam masa duah ari. Selewat-lewatnya hari Jumaat ini. Selepas membuat pembayaran, sila hubungi kami semula untuk makluman,” katanya.

“Baik, saya akan bayar sekarang. Ada apa-apa lagi? Selain dari itu, apa lagi penalti yang saya kena?” kata saya yang sudah mula geram. 

“Tiada apa-apa lagi puan. Itu sahaja yang puan kena bayar,” katanya. 

Dengan segera saya membuat pembayaran menggunakan Maybank2u. Selesai kemudian saya terus menghubungi Astro, namun dijawab pula oleh operator yang lain. Terpaksa saya jelaskan semula dari A – Z. 

“Sudah, sudah. Saya dah buat pembayaran, tak payah nak terangkan apa-apa,” kata saya yang sudah bosan melayan karenah operator Astro ini. 

“Okay, saya akan submit permohonan puan yang bertarikh pada hari ini. Selepas itu, puan dikehendaki memulangkan ‘decoder’ agar tidak dikenakan penalti RM280,” katanya. 

Darah saya dah naik. Tadi tanya ada apa-apa lagi ke tak, dia kata tak ada dan itu sahaja. Apa salahnya beritahu saja semua caj kan senang? ‘Decoder’ itu kena deal pula dengan juruteknik mereka. Alahai Astro, apa-apa sajalah.

Jadi sebagai pengajaran buat semua, jangan sesuka hati menerima tawaran istimewa dari pihak Astro untuk menambah pakej ke, tukar dekoder ke bagai. Sebab setiap kali membuat perubahan, kontrak pengguna akan disambung lagi dua tahun (agaknya la).

Astro memang paling banyak buat caj tersembunyi yang pelanggan tidak pernah tahu. Ini akan menimbulkan masalah bila pelanggan nak tamatkan perkhidmatan. 

Lega dah dapat tamatkan perkhidmatan Astro. RM150 setiap bulan itu boleh disimpan untuk beli emas ke apa. Panjang cerita hari ini. – Shazwanie Shahrin

(Baca: Astro: Penipu Terkaya di Malaysia)

No comments:

Powered by Blogger.