Penyebab Kanser Ovari, Johnson & Johnson Diarah Bayar RM294 Juta
Johnson & Johnson Diarah Bayar RM294 Juta Kerana Menjadi Penyebab Kanser Ovari | Missouri , 24 Feb - Syarikat Johnson & Johnson telah diperintahkan untuk membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser didapati terkait dengan produk keluarannya.
Laporan dari Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad.
Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas perbicaraan tiga minggu.
Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.
Johnson & Johnson menghadapi tuduhan bahawa syarikat tersebut, dalam usaha untuk meningkatkan jualan, gagal selama beberapa dekad untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa produknya yang berasaskan talkum boleh menyebabkan kanser.
Fox yang tinggal di Birmingham, Alabama, mendakwa dia menggunakan produk Baby Powder dan Shower to Shower untuk tujuan kebersihan feminin selama lebih dari 35 tahun sebelum dia didiagnosis dengan kanser ovari tiga tahun lalu.
Fox meninggal dunia pada Oktober pada umur 62 tahun.
No comments: