Pekerja Petronas sedih ditipu pelanggan perempuan naik Hyundai
Perempuan naik Hyundai cabut lari tak bayar selepas isi minyak penuh RM100 | Seorang pekerja sebuah stesen minyak yang bertugas di bahagian kaunter berkongsi cerita sedih apabila dianiaya seorang pelanggan yang mengisi petrol tanpa membuat bayaran.
Perasaannya itu digambarkan menerusi satu status di laman sosial yang kemudian dikongsi di Facebook Taiping Zone dan menjadi viral.
Menceritakan tentang perkara itu, pekerja stesen minyak berkenaan menyatakan kejadian berlaku di Petronas Tupai dekat Taiping.
Kejadian berlaku pada waktu pagi apabila seorang pelanggan wanita yang mahu mengisi minyak tiba-tiba naik angin setelah diminta membuat bayaran terlebih dahulu sebelum mengisi minyak.
Bagaimanapun, pekerja kaunter berkenaan yang akur dengan pelanggan itu untuk mengisi minyak terlebih dahulu terpaksa berputih mata apabila wanita itu `cabut lari’ selepas mengisi penuh dengan jumlah yang sepatutnya dibayar sebanyak RM100 lapor Free Malaysia Today.
“Takde berperikemanusiaan langsung..dah la gaji kami tak banyak nak tanggung pulak short..kalau setakat RM10 takpe..ni mencecah RM100.
“Mintak tolong la viralkan benda ni..tapi memang tak boleh nampak langsung nombor plat..cuma nampak huruf je AJF..kereta Honda berwarna putih..lagak macam orang kaya tapi sengkek,” keluh mangsa.
Pekerja stesen minyak itu hanya mampu berharap agar wanita terbabit akan terbuka hati untuk membayar jumlah minyak yang diisi sekiranya terbaca luahan yang diviral itu.
Sementara itu, pemerhatian FMT pada gambar yang turut dimuat naik pada status berkenaan mendapati, wanita yang didakwa tidak membuat bayaran itu menggunakan kereta jenis Honda berwarna putih.
Tidak dapat dilihat dengan jelas nombor pendaftaran kenderaan wanita terbabit kerana gambar yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu kabur.
No comments: