Header Ads

Neelofa perjelas kenapa hantar barang ke Israel

Neelofa jawab isu hantar barang ke Israel | “Kami hanya menjual tudung bukannya pembekal kapal perang kepada Israel.”

Demikian kata Pengarah Urusan NH Prima International, syarikat di sebalik jenama Naelofar, Noor Nabila Mohd Noor yang menjawab kritikan peminat susulan tindakan menjual tudung kepada rakyat Israel.

Katanya, mereka hanya menjalankan urusan jual beli tudung Naelofar kepada penduduk Islam di Israel sekali gus menafikan dakwaan kononnya mereka pro negara itu lapor Free Malaysia Today.

Neelofa perjelas kenapa hantar barang ke Israel

“Kita hanya membuat urusan jual beli dengan penduduk Islam yang malangnya dari Israel, tetapi bukanlah mengiktiraf yang kami pro Israel,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.

Terdahulu, Neelofa mendapat kritikan peminat apabila memuat naik gambar di laman Instagram mengenai butiran bungkusan yang akan dikirimkan kepada pelanggan beragama Islam di Israel.

Namun, kiriman itu dikecam dan menganggap perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Nabila yang juga kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa berkata, rakyat Malaysia sepatutnya berbangga apabila tudung jenama naelofarhijab berjaya menembusi pasaran Israel.

“Kita perlu bijak membezakan kerjasama yang dibuat, sama ada kerjasama itu diberi daripada segi perniagaan atau misi keselamatan. Rakyat Malaysia perlu bersikap terbuka dan jangan cepat membuat hukuman,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.