Luahan Sayu Pak Tam Cendol Gerai Diganggu MPK
Gerai Dikacau MPK, Ini Luahan Pak Tam Cendol | KES peniaga tepi jalan bergaduh dengan anggota penguatkuasa bukanlah perkara baru.
Dari satu sudut, tugas anggota penguatkuasa majlis perbandaran yang tidak boleh membiarkan peniaga tak berlesen berniaga sesuka hati difahami semua orang.
Namun dari satu sudut lain, ramai yang melihat isu ini dari sudut kemanusiaan di mana kebanyakan peniaga tepi jalan terdiri daripada mereka yang terpaksa mencari rezeki bagi meneruskan hidup diri dan keluarga di bandar yang menuntut kos tinggi.
Begitulah yang dapat dirumuskan dalam dua video yang kini tersebar di laman sosial selepas dimuatnaik ahli keluarga salah seorang peniaga gerai yang diangkut oleh MPK dalam kejadian berhampiran GM Klang, Sabtu lalu.
Syuk Shahriff yang berkongsikan video tersebut di Facebook, turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana mendakwa, adiknya telah ditolak salah seorang anggota penguatkuasa sedangkan dia dikatakan hanya mahu mengambil tong biru di tempat kejadian.
Dalam sebuah lagi video, dia berkongsikan rakaman seorang pakcik dikenali sebagai Pak Tam Cendol yang mengeluh tentang nasib peniaga tua sepertinya yang sudah berusia 63 tahun apabila dihalang daripada mencari rezeki disebabkan pelbagai peraturan yang menyulitkan.
“Isnin Selasa Rabu langsung tak ada orang.. bila Sabtu Ahad kamu datang sini, kamu rampas. Kami baru nak dapat 300 Sabtu Ahad senang-senang kena bagi depa.
“Kami ni macam mana? Anak bini kami nak makan, saya ni umur dah 63 tahun. Kami nak cari penyelesaian bukan nak gaduh..” luah Pak Tam.
Apa pun semua pihak pun tahu anggota penguatkuasa yang turun menjalankan tugas tidak mampu berbuat apa-apa.
Maka diharapkan pihak yang ‘di atas’ dapat berbuat sesuatu untuk membantu peniaga kecil yang kebanyakannya bangsa Melayu seperti Pak Tam. Mereka cuma ingin mencari rezeki halal untuk menyara keluarga dan anak-anak.
Bila penguatkuasa datang yang dirampas itu cuma tong air dan meja plastik murah yang besar nilainya buat mereka, sebab itulah ianya dipertahankan hingga sanggup merayu dan melawan.
Pada masa sama, peniaga kecil dan rakyat marhaen lain tidak dapat terima apabila tong plastik untuk mereka cari rezeki dirampas tapi pada masa sama, masih banyak mesin judi milik apek kaya yang merosakkan masyarakat beroperasi di sekitar mereka.
No comments: