Header Ads

Kisah sebenar lelaki gantung diri di Jalan Raja Laut terbongkar

Punca lelaki gantung diri di Jalan Raja Laut | Akibat kecewa ditipu oleh dua rakannya, seorang lelaki nekad menggantung diri di bilik sewanya di Jalan Raja Laut, di sini, malam tadi.

Warganegara India berusia 30-an itu ditemui mati tergantung di siling dalam keadaan memegang sekeping nota pada 10.30 malam.

Antara kandungan nota itu adalah, mangsa tertekan kerana wangnya lesap dilarikan dua rakannya lapor Harian Metro.

Kisah sebenar lelaki gantung diri di Jalan Raja Laut terbongkar
Mayat warganegara India yang membunuh diri diusung untuk dibawa ke hospital. FOTO Nabihah Kamal

‘Saya mahu keluar dari Malaysia dan meminta dua rakan menyimpan wang sebanyak RM39,000 untuk tambang saya berhijrah ke Perancis.

‘Bagaimanapun, mereka melarikan wang saya dan mengugut saya kerana saya tidak boleh melakukan apa-apa berikutan tidak memilik pasport’.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.36 malam dan empat anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Titiwangsa ke tempat kejadian.

“Setiba di lokasi mendapati seorang lelaki warga asing mati dalam keadaan tergantung.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.