Header Ads

Jangan Beli Rumah Impian 1 Malaysia Kalau Tak Nak Menyesal

Jika anda berkeinginan membeli Rumah Impian 1 Malaysia, mungkin anda perlu mempertimbangkan kembali hasrat anda itu. Menurut pakar hartanah, Azizul Azli Ahmad, tawaran harga yang diberi memang menarik tetapi... 

Rumah Impian 1 Malaysia? Mereka letak kiosk yang ada ilustrasi rumah yang cantik dalam pelbagai gaya. Lokasi mereka biasanya di pasar raya terkemuka atau di kampung-kampung kita. Logo 1 Malaysia tertera dengan jelas dan nyata serta ejennya memakai pakaian seragam. 

Jangan Beli Rumah Impian 1 Malaysia Kalau Tak Nak Menyesal
Gambar hiasan.

Disebut bahawa Rumah Impian 1 Malaysia ini adalah koperasi yang punya. Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli koperasi. Kos pendaftaran hanya RM500 sahaja. Jika kita lewat, kita tidak akan dapat rumah. Oleh kerana harganya murah, membuatkan kita mudah terlupa. 

Tiada perjanjian, hanya sekadar resit bodoh yang tertera jumlah bayaran dan maklumat perhubungan. Bila ada yang saya suruh minta menuntut kembali wang RM500, mereka cepat-cepat memutuskan hubungan. 

Penjelasan Kenapa Tidak Perlu Membeli Rumah Impian 1 Malaysia

Mereka menjelajah 1 Malaysia, jaja cerita rumah dan lokasi berhampiran kiosk yang mereka buka. 'Orang bodoh' seperti saya memang mudah percaya. 

Sampaikanlah pesan buat semua, ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan. Mereka sedang mengambil kesempatan dengan menyedut duit dari orang-orang yang terdesak mahu membeli rumah pertama. Lari jauh-jauh sebelum terkena.

No comments:

Powered by Blogger.