Header Ads

Isteri bersalin di tempat duduk kereta, Tak sempat masuk klinik

Tak sempat masuk klinik, isteri bersalin di tempat duduk kereta | Seorang wanita melahirkan anak di dalam kereta sebaik tiba di perkarangan Klinik 1Malaysia di Taman Yayasan, Buloh Kasap, Johor 8.20 malam semalam.

Sahida Sabran, 27, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram di dalam kereta suaminya sebaik tiba dari rumahnya di Felda Pemanis yang terletak kira-kira 40 kilometer dari klinik berkenaan.

Menurut Mohd Ridzuan Mohd Din, 34, isterinya mengadu sakit perut kerana mahu melahirkan pada 7.40 malam ketika berada di rumah dan membawanya ke Hospital Daerah Segamat dengan ditemani bapa mentua dan adik iparnya lapor Harian Metro.

Isteri bersalin di tempat duduk kereta, Tak sempat masuk klinik
BAYI perempuan seberat 3.1 kilogram dilahirkan di dalam kereta. FOTO Ahmad Ismail

“Selepas 35 minit dalam perjalanan ke hospital, isteri memberitahu dia mungkin tidak sempat sampai ke hospital kerana akan melahirkan bila-bila masa.

“Oleh itu saya terpaksa membawanya ke Klinik 1Malaysia di Taman Yayasan, Buloh Kasap kerana bimbang isteri akan bersalin bila-bila masa,” katanya.

Namun, sebaik tiba di hadapan klinik berkenaan, keadaan menjadi kelam kabut apabila Sahida melahirkan anak keduanya di tempat duduk kereta sebelum dibantu kakitangan klinik.

No comments:

Powered by Blogger.