Header Ads

Harimau mati dilanggar di LPT2 bunting (10 Gambar)

Harimau yang maut di LPT2 rupanya bunting | Sungguh malang nasib seekor harimau yang dilaporkan bunting apabila dilanggar kereta jenis Hyundai Starex sehingga mati.

Memetik laporan Astro Awani, seekor harimau belang mati selepas dirempuh Hyundai Starex dalam kejadian di kilometer 321.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, insiden dipercayai berlaku ketika harimau terbabit cuba melintasi lebuh raya berkenaan sebelum dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

Harimau mati dilanggar di LPT2 hamil

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaluddin Mohamad yang mengesahkan kejadian itu berkata empat mangsa termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keadaan bangkai harimau yang diangkut dari lokasi kejadian.
Bangkai harimau belang berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut.

Harimau yang maut di LPT2 rupanya mengandung

Dalam pada itu, Kamaluddin turut menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati memandu di sepanjang lebuh raya berkenaan terutamanya pada waktu malam berikutan banyak binatang liar berkeliaran dan melintas.

Kawasan tersebut juga bukan asing bagi lintasan haiwan liar seperti rusa, babi hutan dan tapir selain haiwan ternakan lain.

LPT2Kenderaan MPV yang remuk di bahagian depan setelah melanggar harimau di LPT2.

Harimau mati dilanggar di LPT2 hamil

Harimau mati dilanggar di LPT2 hamil

Harimau yang maut di LPT2 rupanya mengandung

Harimau yang maut di LPT2 rupanya mengandung

Harimau yang maut di LPT2 rupanya mengandung

Harimau yang maut di LPT2 rupanya mengandung

Harimau maut di LPT2

No comments:

Powered by Blogger.