Cara Isteri Haid Membahagiakan Suami
Cara Memuaskan Suami Ketika Isteri Datang Haid | Golongan Isteri Sudah Tahu Atau Belum Cara Berbakti Kepada Suami Ketika Haid? Jika Belum, Berikut Kami Kongsikan Untuk Anda Sebuah Artikel yang Bertajuk Cara Berbakti Pada Suami Ketika Haid.
Begini Cara Berbakti pada Suami Ketika Haid
Cara Berbakti pada Suami Saat Haid ini dibenarkan syarak, Ada beberapa hal yang dilarang saat isteri sedang haid, salah satunya adalah tidak diperbolehkan melakukan jimak atau hubungan kelamin.
Gambar hiasan. |
Kemudian, jika suami menginginkan isterinya untuk menyenangkannya di waktu sedang haid, apa yang harus isteri lakukan? Menolak keinginan suami tentu bukan sebuah keputusan yang baik. Kerana pada dasarnya isteri memang harus berbakti pada suami.
Berikut ini beberapa cara melayani keperluan suami ketika isteri sedang haid :
1. Bermesraan dan bercumbu
Isteri boleh sahaja menyenangkan suami saat haid, dan perkara ini memang dibenarkan. seperti bermesraan dan bercumbu selain di daerah antara pusat sampai lutut isteri.
Interaksi semacam ini hukumnya halal dengan kesepakatan para ulama'. Sayyidah A’isyah radhiyallahu ‘anha menceritakan,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي
Jika saya haid, Rasulullah menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku (HR. Ahmad)
2. Boleh melakukan segala sesuatu dengan tubuh isteri kecuali berhubungan seks
Firman Allah SWT :
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ
“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah : “Haid itu adalah suatu kotoran”. Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita ketika haid.. ”
Mengenai ayat diatas, Ibnu Qudamah berkata,
فتخصيصه موضع الدم بالاعتزال دليل على إباحته فيما عداه
(Ketika Allah hanya memerintahkan untuk menjauhi tempat keluarnya darah, ini dalil bahawa selain itu, hukumnya boleh. (Al-Mughni, 1/24)
No comments: