Cara Buat Aircond Bajet di Rumah
Cara Menghasilkan Aircond Bajet di Rumah | Air Conditioner (AC) merupakan keperluan pada masa kini di mana suhu dunia yang semakin panas menarik lebih ramai manusia untuk membeli Aircond untuk kegunaan masing-masing.
Namun, kerana harganya yang mahal, bukan semua mampu memiliki Aircond yang berharga ribuan ringgit.
Selain alternatif membeli kipas dengan sistem "air cooler", di sini kami kongsikan kepada anda DIY Aircond bajet di rumah anda sendiri.
Aircond bajet ini boleh saja muncul dalam beberapa versi mengikut kreativiti penciptanya. Contoh pertama di sini, kami tunjukkan kepada anda.
Daripada gambar di atas, jelas sekali Aircond bajet dihasilkan dengan menggunakan kipas dan baldi yang ditebuk dengan tiga lubang yang bakal menyalurkan udara sejuk. Baldi yang ditebuk itu mengandungi air atau ais batu. Hasilnya, udara sejuk akan disalurkan pada lubang yang ditebuk.
Tonton video di bawah untuk menghasilkan Aircond bajet dengan menggunakan kipas rumah.
No comments: