Header Ads

Bayi Malang Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup | WILAYAH KHON KAEN, THAILAND - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tanah oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, Selasa lalu. 

Menurut individu yang menemui bayi itu, lebih kurang pada jam 5 petang, dia terdengar bunyi pergerakan berhampiran dan menyangka ia mungkin bunyi dari ular ataupun cicak. Setelah diperiksa, alangkah terkejutnya dia menemui sekujur tubuh kecil yang masih bertali pusat ini ditanam dalam tanah di bawah sebuah pokok. 

Bayi Malang Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Difahamkan, bayi malang ini cuba ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri. Namun hanya ditanam pada kedalaman 20 sentimeter, menjadikan bayi ini masih ada ruang untuk bernafas seketika sebelum diselamatkan oleh penduduk. 

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Terdapat beberapa kesan tikaman kecil di badannya yang dipercayai ditikam dengan objek tajam. Bagaimanapun, si kecil ini selamat kerana luka itu tidak begitu dalam. 

Orang awam segera membawa bayi berkenaan ke Hospital Waeng Yai untuk mendapat rawatan segera. 

Doktor hospital memaklumkan berkemungkin mangsa didera sebelum ditanam hidup-hidup, kerana terdapat kesan-kesan yang menunjukkan mangsa didera. Bagaimanapun keadaan bayi itu kini stabil. 

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Siasatan pihak polis juga berjaya menemui kesan tayar motosikal, kesan darah dan secebis pakaian yang dipercayai milik suspek. 

Polis kini sedang giat mendapatkan maklumat dari orang awam bagi mengesan suspek untuk didakwa di mahkamah.

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

Bayi Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup

No comments:

Powered by Blogger.