Header Ads

Amaran keras kepada pihak yang cuba jatuhkan Najib

Amaran buat pihak yang cuba jatuhkan Najib | Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran itu kepada pihak yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sah.

Amaran keras kepada pihak yang cuba jatuhkan Najib
Rakyat tidak mahu melihat situasi politik yang bercelaru di negara ini.

“Rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik, selain Malaysia juga memerlukan kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang.

“Ini adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan pastikan kerajaan tumpu kepada pembangunan negara. Kita kena kuatkan kerajaan dan tidak boleh kurang fokus serta pastikan tumpuan tidak dialih kepada isu terlalu polemik menggunakan isu tidak berasas.

“Apa yang penting kita tahu perdana menteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa transformasi dan meningkatkan ekonomi,” katanya lapor Bernama.

No comments:

Powered by Blogger.