Header Ads

Ahmad Bashah jawab isu video tertidur

Video tidur lena tersebar, ini jawapan Ahmad Bashah | Bakal Menteri Kedah Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau telah menjelaskan perkara sebenar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan video beliau tidur yang menjadi viral di media sosial.

ADUN Bakar Bata berkata, beliau telah menjelaskan kepada Najib bahawa video itu hanya disensasikan dan didakwa telah diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab lapor Free Malaysia Today.

 Ahmad Bashah jawab isu video tertidur

“Video lena itu diviralkan. Kadang-kadang kita rasa lebih khusyuk bila dengan aksi sebegitu. Sedangkan saya duduk di barisan hadapan. “Mungkin ia diedit tapi bila saya berjaga (sedar) tak diambil pula. Itu biasa kerana isu tengah berjalan.

“Saya kata kepada Perdana Menteri saya tak lena. Dia kata biasa la tu dalam Parlimen pun pejam,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat UMNO Kedah sebentar tadi.

Ahmad Bashah berkata, beliau tidak mengambil hati dengan kenyataan sinis Mukhriz yang menasihatkan agar beliau tidak tidur lena sewaktu mengangkat sumpah esok.

Malah, beliau menyifatkan teguran itu sebagai asam garam dalam politik dan mengambilnya sebagai semangat dalam menjalankan tugas kelak. “Kenyataan Mukhriz, saya tak ambil hati. Saya jadikan ia semangat.

Saya tak marah,” katanya. Sebelum itu Ahmad Bashah dilantik menggantikan Mukhriz selepas anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, pagi tadi. Bashah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit jam 10 pagi esok.

No comments:

Powered by Blogger.