Header Ads

2 Hari duduk atas pokok, lelaki digelar Tarzan Kemboja

Seorang lelaki yang juga warga asing mencetuskan kerisauan apabila berkeras untuk duduk di atas pokok dan tak mahu turun apabila dipujuk.

Memetik laporan BH Online, selepas 48 jam berlalu, lelaki warga Kemboja dipercayai kurang siuman tetap enggan turun dari pokok di Kampung Sungai Pinang, di sini.

Tindakan lelaki dikenali sebagai Zul berusia 40-an itu mencuri tumpuan penduduk setempat sehingga menjadikan lokasi berkenaan sesak dengan orang ramai.

Berikutan kejadian itu, lelaki berkenaan kini juga digelar ‘Tarzan Kemboja‘ oleh orang kampung.

Seorang penduduk, Borhan Mamat, 35, berkata pelbagai helah sudah digunakan oleh pihak keselamatan dan orang kampung, namun dia berkeras enggan meninggalkan pokok cengal setinggi 25 meter itu.

2 Hari duduk atas pokok, lelaki digelar Tarzan Kemboja
SEORANG lelaki warga Kemboja yang dikenali sebagai Zul enggan turun dari pokok Chengal setinggi 25 meter di Kampung Sungai Pinang yang masuk hari ke tiga berada di atas pokok tersebut. - Foto Aswadi Alias

“Dia buat aksi ‘berani mati’ bila dilihat cuba menukar kedudukannya ke pokok bersebelahan.

“Semalam pihak bomba dan polis cuba memujuknya tapi dia tak beri kerjasama. Mulanya orang kampung minta polis dan bomba tinggalkan lokasi kerana mungkin lelaki itu takut melihat pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, helah itu tidak memberi kesan kerana dia terus `melekat’ di atas pokok,” katanya.

Tinjauan BH di lokasi mendapati lelaki berkenaan beberapa kali mengubah posisinya apabila angin bertiup kencang, namun belum menunjukkan tanda untuk turun.

(Baca: Tarzan Kemboja akhirnya mengalah)

No comments:

Powered by Blogger.