Header Ads

Penumpang Luah Kesedihan, Beg Hancur di Dalam Kargo AirAsia

Habis Hancur Beg Penumpang Naik Pesawat AirAsia | Tidak dapat dinafikan, pekerja syarikat penerbangan 'terpaksa' mencampak beg anda kerana mengejar masa untuk waktu pelepasan.

Seorang wanita, Nur Amina telah berkongsi kerosakan dan kerugian yang dialaminya semasa menaiki pesawat AirAsia. Ikuti luahannya dan pastikan anda mengikuti pesanannya.

Penumpang Luah Kesedihan, Beg Hancur di Dalam Kargo AirAsia

Hari ini travelling ke Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan AirAsia. Bawa satu bagasi, satu backpack. Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, nak ambil bagasi, tengok-tengok dah pecah berderai.

“Haihhh?! Mereka campak ke susun luggage ni? Sabar jelah!”

Habis Hancur Beg Penumpang Naik Pesawat AirAsia

Bila tanya bahagian Baggage Service, apa yang perlu dibuat bila terjadi perkara seperti ini, pegawainya kata “kalau tak ada beli insurans, AirAsia tak tanggung kerosakan ini,”

Tak pasti pula ada beli atau tidak insuran AirAsia. Bila disemak, Alhamdulillah, memang ada beli insurans. Jadi bolehlah buat tuntutan ganti rugi.

Habis Hancur Beg Penumpang Naik Pesawat AirAsia

Jadi mereka pun memberi borang dengan syarat membuat tuntutan kerosakan itu dan dihantar ke Tune Insurans. Syarikat arilines lain mungkin dah masukkan dalam harga tiket. 

Jadi, pengguna AirAsia, berhati-hatilah. Kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Jangan beli tiket tanpa insurans atau kalau rasa-rasa nak travel bawa luggage, pastikan anda membeli insurans atau wrapping luggage anda bagi mengurangkan risiko bagasi anda rosak seperti ini.

Habis Hancur Beg Penumpang Naik Pesawat AirAsia

(Baca: Staff AirAsia Kantoi Jual Seat Penumpang Lewat)

No comments:

Powered by Blogger.