Header Ads

Luahan Maria Farida apabila anak tiri suaminya memburukkan dirinya

Anak tiri suami busuk hati, ini luahan Maria Farida | DI AWAL perkahwinan aktres ini lagi sudah ada kata-kata yang tidak enak didengar. Dituduh sebagai perampas dan sebagainya itu antara yang perlu dihadapi Datin Maria Farida, 47. 

Bagaimanapun melalui kehidupan berumah tangga selepas 15 tahun menjanda, tiada apa yang mahu dikongsi Maria selain kehidupan yang lebih bahagia. Dikelilingi kasih sayang suami dan anak-anaknya, ternyata ini fasa yang paling dinanti Maria.

Bagaimanapun baru tiga bulan bergelar isteri kepada Datuk Rahman Shakur, 63, baru-baru ini timbul lagi sebuah kisah yang kononnya Maria menjadi penyebab di mana empat anak kandung bekas isteri suaminya terabai. Tidak cukup dengan itu, dia juga dituduh sebagai penghasut kepada keretakan hubungan antara suami dan bekas anak tiri suaminya itu. Tidak mahu cepat melatah, jelas Maria dalam hal ini dia dan suaminya lebih jelas dengan apa yang berlaku lapor Utusan Malaysia.

Luahan Maria Farida apabila anak tiri suaminya memburukkan dirinya

Hits: Mengenai dakwaan yang mengatakan Maria menjadi punca empat anak tiri suami kini hidup terabai, boleh ceritakan hal sebenar?

Maria: Saya sendiri tidak faham apa yang berlaku sebenarnya. Sehari sebelum saya dan suami pergi menyambut tahun baharu, saya ada melawat Anis (Nurshazleen Anis) di hospital. Ketika itu semua baik, malah saya dan dia sendiri memang sangat rapat. Bila perkara ini timbul, saya dan suami agak bingung sebenarnya. Tidak tahu apa yang dia mahu. Memang ikutkan suami saya ada memarahi dia, tetapi itu juga selepas adik-beradik dia yang lain mengadu tentang apa yang kakak mereka sudah lakukan. Jadi saya fikir mungkin dia marah sebab soal itu.

Khabarnya suami Maria tidak lagi menanggung kehidupan mereka seperti sebelum ini, kenapa pula?

Dia berbohong, sebetulnya selepas kami bernikah, memang saya dan suami sudah bersetuju hanya mengambil dua anak kandung suami, Aisyhea dan 
Qalif Ryan tinggal bersama. Namun bukanlah kami membiarkan mereka begitu sahaja kerana dalam masa yang sama suami turut menyediakan sebuah kediaman mewah untuk dia (Anis) tinggal bersama adik-beradiknya yang lain.

Malah setiap minggu juga suami dan saya akan membelikan keperluan rumah untuk mereka. Tidak sekadar itu, untuk keselesaan mereka juga, suami turut memberikan sebuah kereta mewah buat kegunaan harian mereka. Sehingga ke hari ini juga, suami saya tidak mahu mereka terasa hati dengan apa yang berlaku. Jadi dia ambil tanggungjawab menyediakan kehidupan yang sama seperti sebelum ini. Jadi di bahagian mana, suami saya atau bekas bapa tiri mereka ini membiarkan mereka?

Katanya Maria menggunakan kuasa sebagai isteri untuk mengawal bekas bapa tiri mereka, betul ke?

Antara sebab saya jatuh cinta dengan suami kerana sikap penyayangnya. Bayangkan walaupun keempat-empat anak tersebut bukan darah dagingnya. Namun dia tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti seorang ayah kandung. Malah selepas bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini, mereka lebih jelas sebenarnya suami saya hanya bertindak sebagai penjaga sahaja.

Dalam keadaan ini saya tidak pernah mahu menghalang suami meneruskan tanggungjawabnya seperti yang dilakukannya sebelum ini iaitu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan, itu yang tetap diberikan suami saya sehingga saat ini. Malah saya sendiri cukup selesa dengan hubungan yang terjalin sebelum ini dengan anak tiri suami saya. Sebab saya tahu suami terlalu sayangkan mereka.

Dalam menjalani kehidupan berumah tangga selepas beberapa bulan, Maria sebenarnya bagaimana?

Saya sangat bahagia, malah memang berbaloi sebenarnya untuk saya solo dalam tempoh yang panjang. Mungkin jika berkahwin awal saya tidak akan bertemu dengan suami saya kini. Bagaimanapun bukan mudah sebenarnya, kalau ikutkan rumah tangga saya memang selalu diganggu bekas isteri suami saya.

Bayangkan ada suatu hari dia boleh menghantar pesanan ringkas maki hamun, dan keesokan hari dia merayu pula.

Mujur suami saya seorang yang sangat penyabar, malah dia langsung tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku kerana fikirnya fokus dia kini adalah untuk membekalkan kasih sayangnya sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya sahaja.

Sudah masuk tahun baharu, apa fokus Maria kini sebagai ibu dan isteri?

Fokus saya kini adalah untuk menjalani kehidupan baharu saya sebagai isteri dan ibu. Bagi saya semua orang juga perlu meneruskan kehidupan dengan perasaan yang lebih positif mulai sekarang. Masing-masing juga sudah besar dan matang, dan saya fikir lebih elok sebenarnya untuk mereka mengambil peranan pada tahun baru ini untuk memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik.

No comments:

Powered by Blogger.