Header Ads

Luahan Farah Asyikin yang kini jual baju dalam

Jual baju dalam, ini luahan Farah Asyikin | Penyanyi Farah Asyikin memberitahu dia tidak terkesan dengan pandangan skeptikal mahupun cemuhan segelintir pihak yang melemparkan pandangan negatif terhadap dirinya kerana menjalankan perniagaan pakaian dalam wanita juga baju tidur seksi.

Memetik laporan BH Plus, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kembali Lagi Di Sisimu ini berkata perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu.

Katanya, idea mahu menjalankan perniagaan itu tercetus selepas dia terfikir bahawa ada di kalangan wanita terutama wanita betudung yang berasa malu untuk menadapatkan pakaian tersebut di butik tertentu lapor Malaysian Digest.

Luahan Farah Asyikin yang kini jual baju dalam

“Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita bertudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu”

“Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakain dalam yang menjadi kegemaran mereka”

“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,” katanya yang menjalankan perniagaan tersebut secara online di bawah jenama Zawjahs Garden.

Perkembangan lain, Farah juga kini dalam perancangan memperkenalkan koleksi hijabnya tidak lama lagi.

No comments:

Powered by Blogger.