Header Ads

Dalang Disebalik Letupan Bom di Jakarta

Saksi Ceritakan Detik Cemas Letupan Bom di Jakarta | Hari ini 14 Januari 2016 dunia dikejutkan dengan insiden pengeboman di bandar Jakarta, Indonesia. Setakat ini pihak polis Indonesia mengesahkan tujuh orang telah terkorban dalam kejadian ini termasuklah seorang anggota polis. Selebihnya masih lagi dalam siasatan.

Kejadian berlaku di sebuah kafe Starbucks manakala dua orang lelaki bersenjata menyerang pondok polis berhampiran menyebakan seorang anggota polis maut kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Memetik laporan TVOne, dalam kejadian itu telah berlaku tiga letupan di bandaraya berkenaan.

Dalang Disebalik Letupan Bom di Jakarta

Letupan pertama telah menyebabkan berlakunya kejadian berbalas tembakan antara penyerang dengan skuad polis anti-pengganas selama sejam setengah.

Menurut cerita seorang saksi, Tri Seranto, yang merupakan seorang pengawal bank berkata dia ternampak lima orang penyerang di mana tiga daripadanyan meletupkan diri di dalam Starbucks.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan itu. Namun, sebelum ini kumpulan militan ISIS telah memberi amaran ancaman kepada Indonesia.

Saksi Ceritakan Detik Cemas Letupan Bom di Jakarta

Kali terakhir serangan militan di Jakarta adalah pada Julai 2009, dengan pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton Hotel.

Presiden Joko Widodo berada di luar Jakarta apabila serangan itu berlaku tetapi telah memendekkan lawatan beliau untuk kembali ke ibu negara dengan helikopter.

Saksi Ceritakan Detik Cemas Letupan Bom di Jakarta

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak takut atau membuat spekulasi mengenai siapa yang berada disebalik serangan itu.

“Kita tidak boleh takut, kita tidak boleh dikalahkan oleh sesuatu perbuatan keganasan seperti ini,” katanya dalam temubual di televisyen.

Saksi Ceritakan Detik Cemas Letupan Bom di Jakarta

Video di bawah ini menunjukkan detik-detik cemas ledakan 3 bom di tengah bandar Jakarta, Indonesia.

No comments:

Powered by Blogger.